36
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Pertandingan Debat Kemerdekaan
14-19 Ogos 2009 - Pertandingan ini telah diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM), Nilai, Negeri Sembilan. Melalui platform ini, selain perdebatan mengenai
isu-isu jati diri dan semangat perjuangan ianya dapat melahirkan pelajar yang
mempunyai minda yang bebas daripada penjajah. Objektif utama pasukan debat
UPNM memasuki pertandingan ini ialah sama-sama untuk menghayati perjuangan
anak bangsa untuk membebaskan belenggu daripada terus dijajah sama ada tanah
air, minda dan diri.
Pertandingan Pidato Keselamatan dan Mahasiswa Peringkat Kebangsaan Piala Menteri
Pengajian Tinggi 2009
10 & 22 Oktober 2009 - UPNM telah mencipta sejarah tersendiri apabila diberi kepercayaan
oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menganjurkan pertandingan pidato
yang julung kalinya bertemakan Keselamatan dan Mahasiswa. Sambutan yang diberikan
oleh Institut Pengajian Tinggi, Kolej Komuniti dan Politeknik amatlah membanggakan.
Pertandingan ini dilaksanakan secara teliti dan sistematik yang melibatkan peringkat
saringan dan peringkat akhir. Pada 10 Oktober 2009 bertempat di Hotel Residence, Bangi
seramai 39 peserta yang mewakili Institusi masing-masing telah berentap untuk merebut 7
tempat ke peringkat akhir. IPTA yang layak ke peringkat akhir ialah 2 peserta dari Universiti
Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Putra Malaysia
(UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dan Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM).
Tanggal 22 Oktober 2009 bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby, telah
memerihalkan segalanya dan terbukti penganjuran yang telah dirancang sedemikian rupa
mendapat pujian oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Pada malam tersebut, peserta
daripada UPM telah dinobatkan sebagai juara, naib juara daripada USIM dan tempat ketiga
daripada UPNM. Penganjuran pertandingan yang bertemakan keselamatan dan mahasiswa
adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan mahasiswa tentang kepentingan
memahami isu-isu keselamatan serta memberi peluang dan landasan kepada mahasiswa
untuk menyampaikan pandangan generasi muda tentang polemik keselamatan masa kini.
Seminggu sebelum pertandingan ini diadakan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni dengan kerjasama Kesatuan Debat UPNM telah mengadakan Pertandingan Pidato
Keselamatan & Mahasiswa Peringkat UPNM pada 2 hingga 3 Oktober 2009 bertempat
Dewan Pendekar, UPNM bagi mencari pemenang untuk mewakili UPNM ke peringkat
seterusnya. Seramai 20 orang pelajar telah mempamerkan aksi hebat di peringkat saringan
dan hanya 7 orang pelajar yang dipilih untuk peringkat akhir. 2 peserta terbaik dalam
pertandingan akhir ini secara automatik akan mewakili UPNM dalam peringkat saringan iaitu
Pegawai Kadet Wan Azizul Faiz Zulkifli dan Pegawai Kadet Raja Mohd Asyraf Raja Khalif.
Mahasiswa Berkualiti