Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 40

39
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Penglibatan Dan Pencapaian Sukan Tahun 2009
Peringkat Antarabangsa
Pada umumnya, Pusat Sukan dengan bantuan pihak Akademi Latihan Ketenteraan (ALK)
telah menghantar beberapa atlet UPNM ke kejohanan peringkat antarabangsa mengikut
kesesuaian atau berdasarkan jemputan. Di antara penglibatan dan pencapaian adalah
seperti berikut:
Mahasiswa Berkualiti
Bil
1
2
3
4
Penglibatan
KL International Forest Towerthon 2009
Mountain to Mountain Challenge 2009 (Gunung Nuang)
Mountain to Mountain Challenge 2009 (Gunung Hantu)
Langkawi International IRONMAN 2009
1 perak, 2 gangsa
Johan, Naib Johan, tempat ke-4
Naib Johan, tempat ke-3, ke-4, ke-5
tempat ke-10 (antarabangsa)
Pencapaian
Peringkat Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM)
Pada tarikh 25 Mei hingga 21 Jun 2009, Pusat Sukan HEPA dengan kerjasama ALK telah
menghantar 15 buah kelab yang diwakili seramai 121 orang atlet ke Karnival Sukan MASUM
2008 yang diadakan di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.
Secara keseluruhan, UPNM telah mendapat tempat ke-13 daripada 20 buah IPTA di dalam
Malaysia dengan pungutan pingat 1 emas, 1 perak dan 7 gangsa. Ia merupakan satu titik
permulaan yang baik memandangkan UPNM adalah di antara universiti yang baru tetapi
telah berjaya membuktikan kesungguhan dan kecemerlangan di dalam bidang sukan.
Sukan-sukan yang telah berjaya mencatat kejayaan adalah seperti berikut:
Bil
1
2
3
4
5
Penglibatan
Hoki Liga MASUM Div 2
Silat Olahraga
Bola Sepak MASUM Cup
Ragbi
Taekwondo
Johan (Dinaikkan ke Division 1)
1 Emas, 4 Gangsa
tempat ke-3
tempat ke-4
1 Perak, 3 Gangsa
Pencapaian
Peringkat Jemputan Luar / Lain-Lain
Selain daripada kejohanan antarabangsa dan MASUM, pasukan UPNM juga turut menyertai
kejohanan-kejohanan jemputan luar. Ini bertujuan memastikan atlet-atlet mendapat
pendedahan dan pengalaman bagi menempuh kejohanan yang lebih besar di masa akan
datang. Antara kejohanan yang telah disertai adalah seperti berikut:
Bil
1
Penglibatan
Hoki 6/7 Sebelah Kuantan
Johan Bawah 19 Tahun
Pencapaian
Pada keseluruhannya, prestasi atlet-atlet UPNM pada tahun 2009 adalah di tahap yang
memuaskan. Kelab-kelab Sukan UPNM yang belum mencapai prestasi perlu berusaha
dengan lebih giat melalui strategi baru bagi memperbaiki segala kelemahan yang
ada. Komitmen yang jitu dari semua kelab sukan UPNM perlu ditingkatkan lagi untuk
mencapai kejayaan demi menaikkan imej UPNM di masa akan datang. UPNM akan terus
menggunakan kemudahan peralatan dan khidmat jurulatih bagi memastikan objektif
dicapai dengan sempurna.
1...,30,31,32,33,34,35,36,37,38,39 41,42,43,44,45,46,47,48,49,50,...123
Powered by FlippingBook