Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 50

49
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Pelajar dinilai berdasarkan kecemerlangan intelektual, kepimpinan, penyelesaian
masalah, dan kecemerlangan dalam bidang ketenteraan dan ia dilaksanakan secara
berterusan.
a. Keputusan kerja kursus dan peperiksaan akhir akan dimaklumkan kepada pelajar
melalui Sistem Pengurusan Akademik SerindIT. Pelajar diberi masa sekurang-
kurangnya 2 minggu untuk menyemak keputusan tersebut. Sekiranya terdapat
kesilapan terhadap keputusan yang diperolehi, pelajar boleh membuat rayuan untuk
menyemak semula kertas ujian atau peperiksaan akhir.
b. Untuk kursus teras program, pelajar perlu lulus gred C atau markah 50%.
c. Pelajar di kehendaki mengisi borang penilaian pengajian (OMR) pada pertengahan
semester dan akhir semester bagi menilai prestasi pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian yang digunakan termasuk soalan objektif, soalan berstruktur, soalan esei,
tugasan individu, tugasan berkumpulan dan pembentangan. Setiap penilaian yang
dibuat akan menentukan gred akhir kursus. Sekiranya keputusan gagal mereka
dibenarkan mengulangi kursus (UM) pada semester berikutnya atau diberi peluang
untuk membuat pembentangan semula. Universiti tidak menyediakan kemudahan kelas
tambahan atau lain-lain sesi persediaan bagi memperbaiki prestasi akademik pelajar.
Walau bagaimanapun:
a. Fakulti atau pusat pengajian akan menyediakan bimbingan atau kelas intensif
kepada pelajar untuk menduduki semula peperiksaan.
b. Bagi pelajar yang ingin perbaiki gred dan mata nilai, pelajar dibenarkan untuk
mengulangi kursus (UG) tersebut dengan syarat gred akhir yang diperolehi adalah
kurang daripada 50% atau C- ke bawah. Tiada had mengulang yang
ditetapkan tetapi gred yang terbaik akan diambil kira.
Pengajaran dan Pembelajaran
1...,40,41,42,43,44,45,46,47,48,49 51,52,53,54,55,56,57,58,59,60,...123
Powered by FlippingBook