Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 52

51
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
mereka (markah terkumpul) sebelum peperiksaan akhir. Sebarang permasalahan
yang timbul dalam penilaian kursus akan dibincangkan dalam mesyuarat jabatan
dan mesyuarat pengurusan fakulti.
Bagi program akademik UPNM, pemeriksa luar akan dilantik daripada IPTA/IPTS luar.
Tanggungjawab pemeriksa luar:
a. Memberi ulasan tentang kesesuaian kurikulum dan silabus program pengajian dan
memberi cadangan penambahan baikan.
b. Memberi ulasan atas kesesuaian sistem penilaian pelajar.
c. Menilai kesesuaian soalan peperiksaan dan melihat pencapaian pelajar dalam
peperiksaan
Pengurusan Penilaian Pelajar
Mekanisme bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan sistem penilaian pelajar
adalah seperti berikut:
a. Penetapan tarikh akhir bagi penyediaan kertas-kertas soalan peperiksaan akhir.
b. Setiap kertas soalan peperiksaan akhir dinilai oleh Jawatankuasa Penilai dan disahkan
oleh ketua jabatan.
c. Penetapan tarikh akhir (2 minggu sebelum tarikh peperiksaan) bagi penghantaran
kertas soalan ke unit percetakan.
d. Kertas soalan dimasukkan dalam sampul, bermetri dan disimpan dalam bilik kebal.
Pengajaran dan Pembelajaran
1...,42,43,44,45,46,47,48,49,50,51 53,54,55,56,57,58,59,60,61,62,...123
Powered by FlippingBook