Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 51

50
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
c. Bagi pelajar gagal kursus pada semester akhir, pelajar berkenaan dibenarkan untuk
menduduki peperiksaan khas (PK) dan sekiranya masih gagal, pelajar berkenaan
dibenarkan mengulangi kursus tersebut pada semester berikutnya.
d. Pelajar juga dibenarkan mengulangi kursus (UM) bagi kursus-kursus yang mereka
gagal sehingga tamat tempoh pengajian. Tiada had ditetapkan bagi mengulang
kursus yang gagal.
Semakan keputusan kerja kursus dan peperiksaan akhir boleh dibuat dengan pensyarah
masing-masing. Ini kerana setiap pensyarah mempunyai akses kepada sistem SerindIT (Sistem
Pengurusan Akademik Pelajar dan Staf). Semua keputusan kerja kursus dan peperiksaan
akhir akan dipamerkan kepada pelajar dan mereka boleh membuat rayuan sekiranya
tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Pelajar juga boleh menyemak keputusan
peperiksaan masing-masing melalui laman web universiti (mycampus.upnm.edu.my).
Sekiranya pelajar mengemukakan rayuan untuk semak semula, pihak fakulti akan melantik
seorang pemeriksa (bukan pemeriksa asal) dalam bidang tersebut untuk membuat semakan
semula. Prestasi seorang pelajar pada setiap semester dinilai berdasarkan kepada jam kredit,
mata nilai gred dan nilai purata gred.
a. Kaedah penilaian kedudukan pelajar dalam sesuatu kursus dan pengiraan keputusan
peperiksaan seseorang pelajar boleh dirujuk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti
1971, Perlembagaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (9 Okt 2008), Kaedah
kaedah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Tatatertib Pelajar Awam, 2009) dan
Akta Angkatan Tentera 1972 (Tatatertib Pegawai Kadet).
b. Ijazah peringkat Sarjana Muda yang dikeluarkan oleh Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia diberi pengkelasan seperti dalam Jadual 2:
c. Jawatankuasa yang terlibat dan bertanggungjawab terhadap polisi penilaian pelajar
adalah Jawatankuasa Peperiksaan di peringkat Fakulti dan JPPA.
Keputusan peperiksaan setiap kursus disahkan oleh ketua jabatan dan dekan
sebelum dipamerkan untuk pengetahuan pelajar. Keputusan peperiksaan pelajar boleh
dilayari di laman web universiti (mycampus.upnm.edu.my) dan juga dipamerkan di papan-
papan kenyataan di fakulti. Slip peperiksaan akan dikeluarkan kepada pelajar selepas
keputusan peperiksaan disahkan oleh Senat.
Sekiranya pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan mereka, pelajar masih boleh
membuat rayuan semakan gred selepas Senat mengesahkan keputusan sehingga semester
baharu bermula. Bagi mengawasi dan melindungi keputusan ujian/peperiksaan, UPNM
menggunakan Sistem SerindIT untuk menyimpan rekod tersebut.
a. Sistem ini dilindungi dan hanya pensyarah dan pegawai yang terlibat sahaja yang
mempunyai kata laluan sistem ini bagi memastikan keselamatan maklumt pelajar
tersebut terpelihara.
b. Untuk mengawasi kebolehpercayaan, ketelusan dan kesahihan penilaian sepanjang
masa, pelajar-pelajar akan dimaklumkan tentang keputusan ujian dan tugasan
Jadual 4:
Jumlah Pensyarah Mengikut Fakulti dan Pusat
Purata Kumulatif
3.67 - 4.00
3.00 - 3.67
2.00 - 3.00
Klasifikasi
Kepujian Kelas Pertama
Kepujian Kelas Kedua Tinggi
Kepujian Kelas Kedua Rendah
Pengajaran dan Pembelajaran
1...,41,42,43,44,45,46,47,48,49,50 52,53,54,55,56,57,58,59,60,61,...123
Powered by FlippingBook