Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 58

57
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Istiadat Ketenteraan.
a.
Pentauliahan Diraja.
Pegawai Kadet UPNM yang tamat latihan ketenteraan dan
pengajian akademik di UPNM pada tahun 2009 melibatkan seramai 381 orang
Pegawai Kadet. Mereka terdiri daripada Pegawai Kadet Pengambilan 2003 seramai
9 orang, Pegawai Kadet Pengambilan 2004 seramai 166 orang dan Pegawai Kadet
Pengambilan 2005 seramai 206 orang. Pegawai-Pegawai Kadet ini telah mengikuti
pelbagai jurusan sepanjang pengajian mereka di UPNM seperti Jurusan Kejuruteraan,
Jurusan Sains Komputer, Pengurusan Teknologi dan Pembangunan Sumber Manusia.
Perbarisan Pentauliahan Diraja telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia
Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah
Ibni Almarhum Sultan Badlishah diiringi oleh Sultanah Kedah bertempat di Dataran
Panglima Tentera Darat manakala Pengurniaan Watikah Tauliah disempurnakan di
Dewan Tun Templer, Maktab Tentera Darat pada 30 Januari 2010.
Gambar rajah 6:
Pecahan Pegawai Kadet UPNM ditauliahkan mengikut Perkhidmatan ATM
40
151
190
Ketenteraan
1...,48,49,50,51,52,53,54,55,56,57 59,60,61,62,63,64,65,66,67,68,...123
Powered by FlippingBook