54
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
A
kademi Latihan Ketenteraan (ALK) di UPNM adalah sebagai satu pasukan yang
menyelaras dan menyatukan dari segi aspek latihan dan pentadbiran kepada
Pegawai Kadet dari tiga-tiga perkhidmatan dan Pegawai Kadet PALAPES. Selain
daripada itu, ALK juga bertanggungjawab mengkoordinasi latihan dengan pusat- pusat
latihan angkatan tentera dan agensi kerajaan yang lain.
a.
Fungsi Mendatar (Horizontal)
. Tanggungjawab ini merangkumi semua aspek
pentadbiran di dalam dan luar waktu kerja.
b.
Fungsi Menegak (Vertical). Tanggungjawab ini menitikberatkan aspek keperluan
latihan meliputi perkara G,A dan Q.
Sepanjang tahun 2009, ALK komited melaksanakan aktiviti-aktiviti selaras dengan
piagam pelanggan yang telah digariskan.
Pada tahun 2009, selain daripada
melaksanakan tanggungjawab terhadap
dasar-dasar ATM, ALK juga berperanan
menyokong jabatan-jabatan lain di peringkat
universiti bagi membantu menjayakan
program-program yang telah dianjurkan di
peringkat universiti dan agensi-agensi lain.
Ini melibatkan bantuan dari segi regimental,
peralatan, protokol, tenaga kerja dan aktiviti-
aktiviti seminar, forum serta pembabitan sukan.
Laporan ALK bagi tahun 2009 merangkumi
kepada tiga aspek utama meliputi Perkara
Pentadbiran, Latihan dan logistik.
PENTADBIRAN
Keanggotaan.
Pada tahun 2009, kekuatan
keseluruhan anggota ALK adalah seramai
44 Pegawai dan 202 Lain-Lain Pangkat.
Manakala kekuatan keseluruhan Pegawai
Kadet UPNM adalah seramai 1770 Pegawai
Kadet.
Ketenteraan
tentera n
Gambar rajah 1:
Piagam Pelanggan ALK
Gambar rajah 2:
Kekuatan Jurulatih dan Staf ALK tahun 2009