Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 57

56
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Mesyuarat dan Lembaga.
ALK juga terlibat
dengan beberapa siri mesyuarat yang
diadakan di universiti ini seperti Mesyuarat
Lembaga Pengarah, Mesyuarat Naib
Canselor, Mesyuarat Pengurusan dan
Pembangunan, Mesyuarat Belanjawan
Tahunan dan Senggaraan, Mesyuarat
Mingguan Exco dan lain-lain mesyuarat
yang difikirkan perlu dari semasa ke
semasa. Selain daripada itu, bagi
mengkoordinasi hal pengurusan dan hal
pentadbiran ALK dan Pegawai Kadet,
beberapa siri mesyuarat dalaman
berjadual telah dikendalikan oleh ALK
seperti berikut:
a.
Morning Prayer
yang diadakan seminggu
dua kali pada hari Isnin dan Jumaat.
b. Mesyuarat Koordinasi antara ALK dengan
lain-lain jabatan universiti yang diadakan
setiap hari Rabu.
c. Mesyuarat Lojistik yang diadakan pada
setiap hari Khamis
d. Mesyuarat Pentauliahan Pegawai Kadet.
e. Lembaga Penangguhan Pegawai Kadet.
f. Mesyuarat Latihan yang diadakan pada
setiap hari Khamis.
g. Lain-lain mesyuarat pentadbiran dan
pengurusan.
Pembangunan Staf.
Untuk pembangunan ilmiah serta tahap pengetahuan anggota, staf
dan jurulatih ALK juga dihantar berkursus serta didedahkan dengan seminar yang dianjurkan
oleh universiti dan ATM seperti berikut:
a.
Seminar ALK.
ALK telah menganjurkan satu seminar yang melibatkan staf ALK, wakil
perkhidmatan dan wakil pusat latihan ATM di Berjaya Hills Golf and Resort, Bukit
Tinggi mulai 8 hingga 10 April 2009. Seminar ini dilaksanakan tujuan mengkaji silibus
latihan ketenteraan secara
in house
, pembentangan rancangan mengajar dan
pembentangan PROTAP latihan Pegawai Kadet UPNM.
b.
Melibatkan staf dengan seminar dan kursus pendek yang telah dianjurkan oleh
jabatan-jabatan lain seperti seminar Jaminan Kualiti ISO dan bengkel-bengkel yang
telah dianjurkan di peringkat universiti.
c.
Anggota ALK juga dihantar menghadiri kursus-kursus kerjaya yang telah dianjurkan
oleh ATM mengikut perkhidmatan masing-masing.
Ketenteraan
1...,47,48,49,50,51,52,53,54,55,56 58,59,60,61,62,63,64,65,66,67,...123
Powered by FlippingBook