46
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Autonomi Akademik
Dasar mengenai pembentukan kurikulum dinyatakan dalam Pelan Strategik UPNM. Ia
dinyatakan dalam Strategi Teras 1 bagi memperkasakan pengajaran dan pembelajaran
dengan kajian semula kurikulum dan metodologi latihan.
a. Dasar peruntukan kewangan dinyatakan dalam Strategi Teras 7 bagi
memperkukuhkan
governans
dan sistem perkhidmatan:
b. Struktur yang jelas dalam menurunkan kuasa pentadbiran, akauntabiliti, ketelusan,
keseimbangan dalam membuat keputusan kepada pusat tanggungjawab.
c. Menguatkuasa autonomi kepada dekan fakulti untuk memperkukuh keberkesanan
bagi mempercepatkan proses kerja.
Dasar amalan pengajaran dan pembelajaran adalah konsisten dengan kurikulum
yang dinyatakan dengan jelas dalam Strategi Teras 1 bagi memperkasakan akademia,
pengajaran dan pembelajaran untuk mengeluarkan graduan yang berkualiti. Kurikulum dan
metodologi latihan dikaji semula dengan mengambil kira perkara berikut:
a. Kandungan kursus yang diajar masih relevan dengan perkembangan pengetahuan
terkini.
b. Sentiasa menanda aras dengan amalan terbaik dengan IPTA/IPTS dalam dan luar
negara.
c. Hubungan dengan badan profesional dan industri yang berkaitan dengan bidang
pengajian.
Hasil Pembelajaran
Ciri-ciri umum dan kompetensi graduan selepas tamat tempoh pengajian adalah seperti
berikut:
a.
Kecemerlangan intelektual yang bercirikan pemikiran kritikal, logik dan profesional
dalam bidang yang dipelajari.
b.
Kepimpinan yang bertanggungjawab, bersemangat, berwawasan,
bertanggungjawab, berinovasi, bekerja berpasukan, bijaksana menyelesaikan
masalah, memahami tugas semasa aman dan peperangan.
c.
Kecemerlangan profesion ketenteraan, kompetensi dalam latihan, doktrain, patriotik,
mengetahui perundangan semasa peperangan, hubungan tentera-awam, budaya
kerja, diplomasi dan batasan penggunaan ketenteraan.
Majoriti pelajar adalah Pegawai Kadet yang akan ditauliahkan dalam perkhidmatan
TD, TLDM dan TUDM. Latihan ketenteraan dan pengajian ketenteraan dalam program teras
universiti telah dapat memperkukuhkan kompetensi profesion dan disiplin ketenteraan.
Bagi pelajar awam iaitu 20% daripada pelajar UPNM, mereka diwajibkan menyertai latihan
PALAPES sebagai ko-kurikulum yang dapat
menerapkan nilai profesion ketenteraan
dan disiplin diri. Semua pelajar UPNM juga
adalah tertakluk kepada Kod Maruah
UPNM iaitu melarang menipu, berbohong
dan mencuri dengan mengamalkan moto
Kewajipan, Maruah, Integriti. Nilai-nilai
soft
skill
yang diterapkan adalah merangkumi
kemahiran berkomunikasi, pembelajaran
sepanjang hayat, keusahawanan,
pemikiran kritikal, bekerja dalam pasukan,
beretika, bertanggungjawab terhadap
agama, bangsa dan negara.
Pengajaran dan Pembelajaran