37
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Program Pembangunan Potensi Akademik Pelajar (Kaunseling Kelompok) Siri 1
10 Januari 2009 - Program ini melibatkan penyertaan seramai 11 orang pelajar yang
mendapat Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah dan 45 orang pelajar PNGK
2.5. Program telah dilaksanakan di Dewan Pendekar, UPNM dengan tujuan untuk membantu
pelajar-pelajar terlibat meningkatkan motivasi mereka serta memberi panduan mengenai
kaedah serta pembelajaran berkesan ke arah pencapaian PNGK yang lebih baik pada
semester-semester akan datang.
Inspiration Talk (Pengurusan Masa)
16 Januari 2009 - Program ini merupakan satu ceramah mengenai pengurusan masa dan
cara belajar yang betul kepada para pelajar tahun 2 UPNM. Antara objektifnya adalah
untuk memberi gambaran kepada para pelajar tentang kepentingan pengurusan masa
yang cekap serta cara belajar yang betul yanag mana akan membantu mereka untuk
mencapai tahap akademik yang baik. Seramai 107 orang pelajar tahun 2 terlibat dalam
ceramah ini yang mana telah diadakan di Dewan Pendekar, UPNM.
Kaunselor Di Hati
20 Januari 2009 - Program ini telah dilaksanakan di Foyer Bangunan Bistari, UPNM. Objektif
utamanya adalah sebagai platform mempromosikan Unit Kaunseling dan Kerjaya HEPA
serta perkhidmatan yang disediakan. Program ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk
mendekatkan dan mengeratkan hubungan pelajar dan staf UPNM dengan Unit Kaunseling
dan Kerjaya. Seramai 578 pelajar dan 38 kakitangan terlibat dalam program ini.
Mahasiswa Berkualiti
Inspiration Talk (Anger Management)
30 Januari 2009 - Program ini telah dijalankan di Dewan Pendekar, UPNM dan melibatkan seramai
86 orang pelajar Tahun 1. Program diisi dengan ceramah tentang bagaimana menangani
masalah mudah marah dan cara-cara efektif pengurusan marah di kalangan pelajar.
Pengurusan Stress Dan Komunikasi
13-15 Februari 2009 - Program ini merupakan satu program mengenai pengurusan stress dan
komunikasi yang mana dihadiri oleh seramai 25 orang kakitangan yang diadakan di Hotel
Residence, UNITEN, Bangi. Antara objektif program ini ialah membantu kakitangan UPNM
tentang bagaimana untuk menguruskan stress dengan berkesan.