Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 29

28
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Program Gemilang Diri (Sek. Keb. Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur)
11 April 2009 - Program ini telah disertai seramai 78 orang pelajar sekolah dan dikemudi oleh
10 orang fasilitator. Pelbagai akitiviti telah dilaksanakan yang antara lain bertujuan untuk
memotivasikan diri para pelajar sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik dan
kokurikulum di sekolah.
Universiti Bersama Masyarakat
31 Mei - 1 Jun 2009 - Program selama 3 hari 2 malam ini adalah anjuran UPNM dan
Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama penduduk Kg. Malaysia Raya. Bertempat
di Amber Stone Resort, Ulu Yam, Selangor, pelbagai akitiviti telah berjaya dilaksanakan
antaranya akitiviti berbentuk bual bicara, motivasi, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan
riadah. Program ini telah melibatkan 20 orang pelajar dan 45 orang fasilitator.
Seminar Kepimpinan Progresif JPPK Kolej Lumayan
17 - 19 Jun 2009 - Seminar ini telah
diadakan di Suria Cherating Beach
Resort, Pahang dan dihadiri oleh
Ahli Jawatankuasa Pembangunan
Pelajar Kolej (JPPK). Ianya bertujuan
untuk memberi pendedahan kepada
ahli JPPK serta pengarah-pengarah
untuk program akan datang tentang
pengurusan organisasi, pelaksanaan
aktiviti, penyediaan kertas kerja dan
sebagainya. Kesemua slot telah
dikendalikan sepenuhnya oleh
Pengetua Kolej, Felo, Pengurus Asrama,
Penolong Pengurus Asrama dan juga
Penyelia Asrama.
Minggu Orentasi Pelajar Baharu Semester 1 Sesi 2009/2010 (MOP2009)
28 Jun - 3 Julai 2009 - Seramai 500 orang pelajar baharu telah mendaftar bagi Semester I Sesi
2009/2010. Pendaftaran telah diadakan pada 14 Jun 2009 untuk Pegawai Kadet manakala
28 Jun 2009 bagi pelajar awam. Program selama seminggu ini telah diadakan bagi memberi
pendedahan awal kepada pelajar-pelajar baharu ini dengan persekitaran kampus dan
Mahasiswa Berkualiti
1...,19,20,21,22,23,24,25,26,27,28 30,31,32,33,34,35,36,37,38,39,...123
Powered by FlippingBook