19
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
memandang serius perkara
ini untuk memastikan pelajar
UPNM mendapat pensyarah
yang berpengalaman luas
dalam bidang penyelidikan
dan penulisan akademik bagi
mendewasakan modal insan ini.
Memperkasakan Jaringan
Antarabangsa
Fenomena globalisasi,
kemajuan teknologi yang
pesat, perkembangan ilmu
pengetahuan yang hebat
dan juga pembukaan
peluang-peluang pendidikan
yang semakin luas, telah
menyebabkan persekitaran
pengajian tinggi negara
mengalami perubahan.
Persekitaran baru ini telah
mendorong institusi-institusi
pengajian tinggi untuk
memperbaiki strategi dan
pendekatan dalam menentukan
jaminan kualiti akademik.
Sehubungan itu, pihak
pengurusan UPNM menyedari
betapa penting dan perlunya
menggarap serta mendepani
jaminan dan peningkatan
kualiti akademik supaya UPNM
berupaya melahirkan sumber
manusia yang berkualiti. Pada
masa yang sama akan dapat
berkembang ke arah mencapai
tahap antarabangsa.
Misi pengantarabangsaan
bukan sahaja bertumpu kepada
menarik pelajar luar negara
ke UPNM, ia lebih daripada
itu. UPNM meningkatkan
usaha memperkasakan
pengantarabangsaan, pelebaran jaringan kerjasama dan hubungan pintar dengan
universiti, institusi pendidikan dan syarikat antarabangsa.
Membina Sinergi: Pasukan Mantap
Sesi perancangan strategik seharusnya tidak dibataskan hanya untuk merencanakan
perancangan sahaja. Agak malang dan merugikan sekiranya peruntukan yang diberikan
kepada universiti untuk membiayai bengkel sebegini tidak digunakan sepenuhnya. Aktiviti
ini sama penting dan sebenarnya membantu perancangan. Menjana kesinambungan
kerja cemerlang bukan perkara mudah, perbezaan pendapat dan fahaman adalah intisari
cabaran perlu diharungi warga universiti meskipun memiliki matlamat yang sama. Perbezaan
ini mampu menjadi kekuatan sinergi. Seperti kata pepatah,
“The essence of synergy is to
value differences- to respect them, to build on strengths, to compensate for weakness”.
Laporan Naib Canselor