17
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
insan berkualiti tinggi sebagai “Intellectual
Leaders of Character”, pegawai-pegawai
utama sama ada kakitangan akademik
mahupun pentadbiran telah melalui
pelbagai cabaran, iaitu;
1. Memantapkan hala tuju akademik
dan pembinaan sahsiah
2. Pengemaskinian kurikulum
3. Mempertingkatkan penyelidikan dan
inovasi
4. Menjadikan UPNM sebagai universiti
pilihan
5. Mempergiatkan usaha
pengantarabangsaan
6. Memantapkan tadbir urus dan sistem
penyampaian
Kepelbagaian Budaya: Membentuk Budaya
1 UPNM
Pelancaran Kempen 1 Malaysia iaitu “Rakyat
didahulukan, Pencapaian diutamakan”
oleh Y.A.B Dato’ Seri Mohd Najib Abd Razak
pada April 2009 menzahirkan bahawa
kerajaan amat mementingkan keharmonian
dan keamanan negara, penyatuan
rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan
agama. Atas dasar tersebut, UPNM telah
melancarkan kempen 1UPNM ‘One Culture
One Vision’. 1UPNM adalah garapan idea
secara kolektif bagi membentuk satu
budaya UPNM dengan menggabungkan
dua budaya utama iaitu budaya
ketenteraan dan budaya awam. Usaha ini
dijalankan bagi membentuk kecemerlangan
berorganisasi.
Atas dasar 1UPNM pelbagai aktiviti
telah berjaya dianjurkan di peringkat
Universiti bagi memastikan budaya 1UPNM
tercapai. Program dan majlis seperti aktiviti
Ko-kurikulum, Hari Keluarga, Sambutan
Hari Raya dan Majlis Pentauliahan Diraja
Pegawai Kadet menzahirkan kerjasama
yang erat warga UPNM dengan setiap
program berlangsung lancar. Kemahiran
berorganisasi adalah intipati utama 1UPNM.
Melahirkan Pegawai Tentera
Tanggungjawab warga universiti bukan
sekadar meningkatkan kecemerlangan
universiti malah usaha membentuk bakal
graduan, pegawai-pegawai kadet serta
mahasiswa dan mahasiswi menjadi tonggak
kepimpinan dan harapan negara. Pegawai
kadet dimantapkan dengan ilmu, disiplin,
tanggungjawab dan semangat untuk
berbakti kepada masyarakat dan negara.
Justeru, pendekatan latihan akademik
berkaitan ilmu pertahanan dan ketenteraan
yang praktikal disuntik bagi membentuk
kewibawaan pegawai-pegawai kadet
supaya lebih matang seterusnya memiliki
daya kepimpinan yang tulus dan ikhlas.
Segala tumpuan ke arah itu perlu terus
direncanakan dan dilaksanakan. Antaranya
ialah;
I.
An Outstanding Bachelors degree
II. A Commisioned Officer (Capten or Lt)
III. A Qualified Imam and other Fardu
Kifayah
IV. Sports/co-curriculum activities - black
taekwando belt
V. Intellectual Leader of Character
VI. Officer and Gentleman (Lady)
Pembangunan Sumber Manusia
Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-9
(RMK9) telah meletakkan pembangunan
modal insan yang unggul sebagai salah
satu teras utama dalam usaha mencapai
Misi Nasional. Kecemerlangan sesebuah
organisasi terletak pada aset utamanya iaitu
modal insan. Penekanan pembangunan
modal insan bukan hanya bertujuan
bagi membentuk tenaga kerja berilmu
dan berfikiran strategik, malahan juga
membentuk sumber manusia yang sentiasa
relevan dengan peredaran masa dan
perubahan persekitaran.
Justeru, budaya kerja perlu diubah untuk
menjadi suatu budaya yang hebat bagi
menjamin keberkesanan fungsi universiti.
Pemantapan pengetahuan dalam kalangan
staf perlu terus dipertingkatkan melalui
proses latihan, seminar, ataupun bengkel.
Latihan jangka panjang dan hubungan
dengan institusi terkemuka di luar negara
bagi pendedahan kepada amalan tadbir
urus yang baik dan telus adalah penanda
aras pentadbiran universiti yang cemerlang:
Kemahiran yang diperlukan oleh setiap
staf sekarang ini perlu dipertingkatkan.
Keupayaan intelektual sahaja tidak
memadai, “E
mployees will need to be
smart, to be able to learn and grow, but at
the same time be adaptable, responsible
and be able to work with others.”
Generasi
Laporan Naib Canselor