Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 9

8
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
UPNM komited untuk memberi Kepuasan Pelanggan
seperti berikut:
z
Maklumat Program
Bakal pelanggan menerima maklumat tentang
Pengajian Akademik dan LKU sebelum semester
bermula.
z
Pembelajaran, Latihan dan Khidmat Nasihat
Suasana pembelajaran dan pengajaran yang
kondusif. Program Akademik memenuhi beban
kredit seperti yang diluluskan oleh Senat UPNM
dan LKU dilaksanakan mengikut prosedur
rancangan yang disediakan dengan khidmat
nasihat akademik dan ketenteraan oleh Penasihat
Akademik dan Kaunselor yang berkelayakan.
z
Keselamatan dan Kerahsiaan
Maklumat peribadi pelanggan, maklumat
akademik dan latihan ketenteraan akan diuruskan
dengan selamat berdasarkan kaedah Persuratan
Tentera dalam Panduan Peraturan Staf Angkatan
Tentera (T100).
z
Penganugerahan dan Pentauliahan
Pelanggan Operasi yang telah memenuhi syarat
lulus program akademik dan disahkan oleh Senat
UPNM boleh dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda
dalam bidang yang didaftarkan. Pelanggan yang
telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dan
lulus semua latihan ketenteraan layak ditauliahkan
sebagai Pegawai Muda ATM. Tarikh kuatkuasa
pentauliahan ialah pada tarikh terakhir pengesahan
keputusan peperiksaan akhir oleh Senat UPNM atau
pengesahan keputusan mata pelajaran LKU oleh
Lembaga nombor 3 ATM.
z
Aduan Pelanggan
Aduan pelanggan yang tidak tertakluk kepada
pihak ketiga akan diselesaikan tidak melebihi tujuh
(7) hari bekerja daripada tarikh sah aduan diterima.
Piagam Pelanggan
i gam Pelanggan
8
1,2,3,4,5,6,7,8 10,11,12,13,14,15,16,17,18,19,...123
Powered by FlippingBook