Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 4

3
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
S
ejarah Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia
(UPNM) bermula dengan
penubuhan Akademi Tentera
Malaysia (ATMA) pada 1
Jun 1995 sebagai organisasi
yang bertanggungjawab
menjalankan program
pengajian di peringkat Sarjana
Muda dan latihan ketenteraan
kepada Pegawai Kadet
Angkatan Tentera Malaysia
(ATM). Peranan ATMA kemudian
diperluaskan melalui naik taraf
sebagai sebuah universiti yang
diwartakan pada 10 November
2006.
Meskipun UPNM sebuah universiti
baru, menyusuri sejarah ATMA, UPNM
sebenarnya telah mempunyai pengalaman
mengendalikan program pengajian di
peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun
iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui
program kerjasama antara Kementerian
Pertahanan dengan Universiti Teknologi
Malaysia.
Di samping memperoleh kelayakan
profesional, semua graduan ditauliahkan
sebagai Pegawai ATM dan mereka bakal
berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera
Darat, Laut dan Udara.
UPNM telah menubuhkan 3 buah fakulti
di samping Pusat Asasi Pertahanan iaitu
Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti
Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti
Pengurusan dan Pengajian Pertahanan.
Program akademik yang ditawarkan di
fakulti adalah setanding dengan IPTA luar
dan dalam negara. Program ditawarkan
UPNM menarik minat bakal pelajar
kerana ia menyediakan kurikulum yang
merangkumi bidang sains dan teknologi
pertahanan secara
hands on
. Pengetahuan
yang diperolehi boleh diaplikasi kepada
aset pertahanan negara seperti kapal
tentera laut, pesawat udara dan peralatan
ketenteraan ATM, di samping dapat
diaplikasikan dalam sektor perindustrian
yang berteraskan sains dan teknologi
terkini.
Sejarah Penubuhan
jar h Penubuhan
1,2,3 5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,...123
Powered by FlippingBook