Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 19

18
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
‘dot.com’ bukan saja perlu celik komputer
(computer literate) malah perlu celik
sosial (socially literate) iaitu peka kepada
keperluan dan perubahan-perubahan sosial.
Sebagai sebuah institusi pengajian
tinggi yang berada di bawah naungan
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT),
UPNM peka dengan hala tuju dan dasar
yang telah ditetapkan kementerian. UPNM
akan mengikut rentak jalan yang ditetapkan
oleh KPT bersandarkan kepada Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara agar
sentiasa relevan dan berdaya saing.
Dalam usaha menjayakan matlamat dan
aspirasi negara, peranan penjawat awam
amat besar dan penting. Warga UPNM perlu
terus berusaha mengemukakan pandangan
bernas, berinovasi dan berdaya cipta
untuk mewujudkan suasana yang sesuai
agar aspirasi negara tercapai. Membentuk
budaya mutu kerja cemerlang yang dapat
menyumbang ke arah pencapaian
a
condusive environment for learning
adalah
usaha yang perlu diteruskan. Selain itu,
penghayatan nilai murni di kalangan warga
UPNM perlu diberi penekanan. Nilai bersama
atau
a common shared values
mampu
memperkasakan budaya 1 UPNM yang
kaya dengan perpaduan, keharmonian dan
kecemerlangan.
Pengukuhan Teras Akademik
Berpandukan perancangan yang sistematik
dan hala tuju yang jelas, Universiti telah
melantik tenaga pensyarah bertaraf
mahir bertujuan memperkasakan bidang
akademik yang ditawarkan oleh setiap
Fakulti. Tenaga pengajar berkualiti ini
amat penting dalam usaha melestarikan
bidang akademik terutama dalam
bidang pengajaran, penyelidikan dan
pengantarabangsaan yang terarah dan
berkemahiran untuk memimpin proses
mendewasakan fungsi Universiti. Dalam
usaha menambah dan meningkatkan
proses pengajaran, Universiti memahami
bahawa kekuatan sumber manusia iaitu
tenaga akademik amat diperlukan dengan
kadar segera bagi melestarikan bidang
pengajaran. Justeru, Universiti sedang giat
melantik pensyarah-pensyarah baru yang
berkaliber, berpengalaman dan komited
untuk mendidik anak bangsa. UPNM
Laporan Naib Canselor
1...,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18 20,21,22,23,24,25,26,27,28,29,...123
Powered by FlippingBook