Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 23

22
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Mahasiswa Berkualiti
hasi wa Berkualiti
Pengambilan
M
enjana mahasiswa
berkualiti bukan
perkara mudah.
Kesungguhan dan keyakinan
perlu ada pada sesebuah
institusi pengajian tinggi
dalam melahirkan individu
berkarekter cemerlang yang
mampu memberi pulangan
kepada negara dalam
pelbagai bidang. Di UPNM,
peranan utama menyediakan
mahasiswa berkualiti adalah
dalam bidang pertahanan
dan keselamatan. Meskipun
begitu universiti ini masih
perlu menyumbang kepada
pembangunan lain-lain sektor
dalam negara.
‘Boutique University’ bermaksud sebuah
universiti yang
compact
dipacu oleh
kecemerlangan adalah frasa bagi
menggambarkan kelainan UPNM. Keunikan
UPNM bukan semata-mata terletak
dalam menjamin kualiti mahasiswa yang
bakal bergraduat dan ditauliahkan nanti,
malah lebih dari itu. Bagi pengambilan
pelajar baharu Sesi Akademik 2009/2010
seramai 342 orang pelajar melapor diri
untuk Program Asasi Pertahanan yang
terdiri daripada 100 orang pelajar Awam
dan 242 orang Pegawai Kadet. Sementara
itu, untuk program Sarjana Muda seramai
152 orang pelajar Awam dan 288 orang
Pegawai Kadet Asasi Pertahanan telah
mengikuti program Sarjana Muda di bidang
Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta
Pengajian dan Pengurusan Pertahanan.
1...,13,14,15,16,17,18,19,20,21,22 24,25,26,27,28,29,30,31,32,33,...123
Powered by FlippingBook