Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 31

30
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Persidangan Perdana Sukarelawan MASKUM 2009
22 - 24 November 2009 - Persidangan ini merupakan satu program mega yang
menghubungkan semua pelajar IPTA seluruh Malaysia. Kesemua IPTA telah mengambil
bahagian dengan menghantar para sukarelawan untuk berkhidmat, berbakti dan beramal
dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Persidangan yang
diadakan selama 3 hari ini merupakan anjuran bersama HEPA UPNM dan HEPA UTeM
dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan telah mendapat sambutan yang di
luar jangkaan.
Seramai 300 orang sukarelawan dan 50 orang staf telah berhimpun di Glory Beach Resort,
Port Dickson bagi bersama-sama menjayakan program ini. Terlebih dahulu para sukarelawan
diberi peluang untuk mendengar pengalaman berharga daripada para penceramah
jemputan dan disusuli oleh bengkel serta resolusi untuk merealisasikan projek sukarelawan.
Pada hari terakhir, para sukarelawan diagihkan mengikut 3 kumpulan untuk melaksanakan
aktiviti sukarelawan yang telah mendapat pujian daripada masyarakat setempat. Objektif
yang digariskan sebelum bermulanya persidangan ini telah mencapai matlamat dengan
memberi pengalaman secara langsung kepada para sukarelawan merasai, menghayati
dan membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Pada dasarnya, program
seumpama ini telah memberi impak besar kepada kehidupan pelajar untuk menilai dan
menimbang tara secara dekat mengenai masyarakat yang masih hidup dalam serba
kekurangan.
Mahasiswa Berkualiti
Kem Kepimpinan Sekretariat Rakan Muda UPNM
24 - 25 November 2009 - Kem kepimpinan ini telah diadakan di Kem El-Azhar, Banting,
Selangor dan telah dihadiri seramai 30 orang peserta dan 4 orang fasilitator. Antara
pengisian kem termasuk perancangan tahunan Sekretariat dan juga perlantikan ahli
jawatankuasa baru Sekretariat Rakan Muda UPNM bagi sesi 2009/2010.
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Induk International Peer Convention 2010
9 Disember 2009 - Mesyuarat ini telah dianjurkan dengan kerjasama antara Majlis Kaunseling
Universiti-universiti Malaysia (MAKUMA) dan Unit Kaunseling & Kerjaya UPNM di Hotel
Residence, UNITEN Bangi. Seramai 10 orang wakil dari universiti yang terlibat telah hadir.
Antara perkara yang dibincangkan ialah pelaksanaan program, gerak kerja dan juga
pembahagian tugasan mengikut Universiti.
1...,21,22,23,24,25,26,27,28,29,30 32,33,34,35,36,37,38,39,40,41,...123
Powered by FlippingBook