34
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Program Qiamullail Sempena Peperiksaan Akhir Semester
Oktober - November 2009 - Program ini telah diadakan setiap Jumaat malam Sabtu yang
mana ianya dilaksanakan dalam tempoh sebulan mengikut batalion sempena menghadapi
peperiksaan. Pada sebelah malam pula diadakan ceramah motivasi oleh Pegawai Psikologi
dari HEPA. Qiamullail bermula pada jam 3.00 pagi dengan dimulakan solat sunat taubat,
tahajud, hajat, tasbih dan witir seterusnya bersurai selepas solat Subuh.
Jemputan Luar
Pertandingan Nasyid UKM
5 Februari 2009 - Pertandingan nasyid ini telah berlangsung di Dataran Panggung Seni,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi yang mana melibatkan 16 kumpulan nasyid dari IPT,
sekolah dan masyarakat setempat. UPNM telah diwakili oleh kumpulan nasyid In-Voices.
Antara objektif program ialah menanam dan menyemaikan rasa cinta pada seni hiburan
Islam serta menjalinkan hubungan dan kesatuan antara institusi pengajian tinggi melalui
bidang seni hiburan Islam.
Musabaqah Tilawah Al-Quran Jemputan IPT kali ke 2
14-15 Februari 2009 - Musabaqah ini melibatkan penyertaan 25 qari dan qariah dari IPT dan
Politeknik. UPNM diwakili ialah 2 orang qari (seorang Pegawai Kadet dan seorang pelajar
awam) dan tanpa penyertaan qariah wanita. Kesemua peserta telah berentap di peringkat
saringan terlebih dahulu untuk memilih 4 peserta terbaik untuk beraksi di peringkat akhir.
Antara objektif penyertaan ialah melahirkan para qari dan qariah yang berpotensi dan
bermutu tinggi di samping merapatkan ukhuwah sesama institusi pengajian tinggi melalui
musabaqah Al-Quran.
Pertandingan Marhaban dan Nasyid Karnival Malam Maulidurrasul 1430H
28 Februari 2009 - Pertandingan ini telah berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam
yang melibatkan 12 penyertaan dari kalangan pelajar IPT, sekolah dan masyarakat sekitar.
Kumpulan In-Voices yang mewakili UPNM telah diumumkan sebagai Johan pertandingan ini.
Mahasiswa Berkualiti