Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 36

35
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Seminar Sehari Pemantapan Aqidah
28 Mac 2009 - Seminar ini telah berlangsung Dewan Muktamar Darul Quran, Kuala
Kubu Baru. Seramai 10 orang pelajar awam telah dipilih untuk menyertai program
yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini. Program sehari anjuran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini melibatkan penuntut IPT, sekolah dan
masyarakat awam.
Festival Nasyid Selatan Ke-2 2009
18-20 Mei 2009 - Pertandingan nasyid ini telah berlangsung di Universiti Teknologi Mara
(UiTM) Kampus Segamat, Johor melibatkan 16 kumpulan nasyid dari IPT seluruh Malaysia.
Peringkat saringan telah diadakan pada 19 Mei 2009. Kumpulan In-Voices dari UPNM
telah membuktikan kehebatan apabila berjaya melangkah ke peringkat akhir bersama
6 kumpulan lain dan seterusnya menduduki tempat ke-5 secara keseluruhan. Johan telah
dirangkul oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Antara objektif penyertaan ialah
memberikan pendedahan dan pengalaman kepada peserta di samping meningkatkan
kemahiran dalam bidang ini.
Anugerah Media Islam Negara (AMIN) Kali-3 2009
7 Oktober 2009 - Seramai 40 pelajar telah menghadiri majlis ini yang berlangsung di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Program ini bermula pada jam 8.30 malam dan
disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3.
Festival Nasyid Kemerdekaan IPT Peringkat Kebangsaan 2009 / 1430H
10-11 Oktober 2009 - Pertandingan nasyid ini telah berlangsung di Universiti Malaysia Perlis
(UniMAP) yang telah melibatkan beberapa kumpulan nasyid dari IPT seluruh negara.
Kumpulan nasyid UPNM , In-Voices hanya berjaya mendapat sagu hati dalam pertandingan
ini. Antara objektif program ialah menanam dan menyemaikan rasa cinta pada seni hiburan
Islam serta menjalinkan hubungan dan kesatuan antara institusi pengajian tinggi melalui
bidang seni hiburan Islam.
Komponen Kreatif
Pertandingan Debat Integriti 2009
14-19 Mei 2009 - Pertandingan Debat Integriti 2009 telah diadakan di Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Kampus Shah Alam, Selangor. Penyertaan UPNM dalam
pertandingan ini amat relevan dalam membincangkan isu integriti yang semakin
banyak dipersoal dan diperdebatkan oleh masyarakat umum. Kerahsiaan dan
keluhuran dalam melaksanakan sesuatu urusan banyak dikaitkan dengan integriti
sebagai penjawat awam.
Pertandingan Debat Alam Sekitar 2009
24-28 Julai 2009 - Pasukan Debat UPNM tidak ketinggalan untuk menyertai Pertandingan
Debat Alam Sekitar yang menekankan isu-isu sejagat dan pemanasan global. Pertandingan
ini telah diadakan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh, Perak. Pertandingan ini juga
sedikit sebanyak dapat menyedarkan dan menerapkan penjagaan alam yang saling
keterbergantungan antara manusia dan alam.
Mahasiswa Berkualiti
1...,26,27,28,29,30,31,32,33,34,35 37,38,39,40,41,42,43,44,45,46,...123
Powered by FlippingBook