Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 30

29
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
pentadbiran UPNM. Antara program yang telah diatur adalah seperti ceramah berkaitan
dengan pengurusan masa, peraturan universiti, suai kenal dengan pihak pengurusan
Universiti dan sebagainya. MOP2009 diserikan lagi dengan lawatan Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi, Y.B Datuk Saifudin Abdullah yang telah memberikan kata-kata perangsang
dan motivasi kepada pelajar-pelajar baru untuk mencapai kecemerlangan akademik dan
sahsiah sepanjang berada di kampus UPNM.
Seterusnya pada 18 hingga 19 Julai 2009, satu program khas kepada pelajar-pelajar
baharu (awam) yang menginap di Kolej Lumayan, Bandar Tun Razak telah diadakan
dengan tujuan untuk memperkenalkan para pelajar baru kepada ahli pengurusan kolej,
peraturan asrama dan sebagainya.
Bengkel Pembangunan Modul Projek Sukarelawan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
23 - 25 Julai 2009 - Kesukarelawanan merupakan salah satu agenda utama HEPA untuk
memupuk semangat bantu-membantu dan bekerjasama dalam meringankan beban
masyarakat yang memerlukan bantuan. Program ini mampu mendidik pelajar IPT yang
berminat untuk menghulurkan bantuan melaksanakan kerja-kerja sukarelawan. Justeru,
satu bengkel telah diadakan di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur dengan usaha sama
BHEPA UPNM dan BHEPA UTeM untuk membangunkan 4 modul utama dan garis panduan
bagi melaksanakan aktiviti sukarelawan iaitu Modul Bencana, Alam Sekitar, Pendidikan dan
Kemasyarakatan. Setiap modul telah dibangunkan bersama-sama oleh Ahli Tetap Majlis
Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia (MASKUM).
Bengkel Pengurusan Bencana Sukarelawan MASKUM Zon Tengah A
1 September 2009 - UPNM selaku Ketua Zon Tengah A telah mengadakan bengkel bagi
Modul Bencana untuk memberi pendedahan awal mengenai wacana bencana dan
kaedah untuk menghulurkan bantuan. Bengkel yang dilangsungkan di Hotel Residence,
UNITEN Bangi ini disertai oleh para sukarelawan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia. Pakar Modul Bencana daripada Universiti Malaysia Perlis telah dijemput untuk
memberi taklimat khas mengenai persediaan awal untuk menghulurkan bantuan.
Motivation Talk - Qiamullail
23 Oktober 2009 - Program motivasi yang telah berlangsung di Masjid Al-Jazari, UPNM ini
merupakan sesi ceramah mengenai persiapan dan persediaan menjelang peperiksaan.
Pelajar dari seluruh Batalion Jebat terlibat dalam program ini.
Program Mahasiswa Prihatin Siri II
14 November 2009 - Program ini telah diadakan di Jemaah Pengurusan Kebajikan Anak-
anak Yatim dan Miskin, Ulu Gadong, Kota, Negeri Sembilan. Program ini merupakan
kesinambungan daripada program Mahasiswa
Prihatin yang telah dijalankan dengan jayanya
pada 14 hingga 18 Ogos 2009 yang lalu.
Seramai 20 orang pelajar awam UPNM beserta 1
orang pegawai pengiring telah bersama-sama
membantu 40 orang anak-anak yatim yang
bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dalam usaha untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut.
Program sehari ini telah diisi dengan aktiviti
yang bermanfaat bagi menyemarakkan serta
meningkatkan lagi motivasi anak-anak yatim
tersebut untuk memastikan mereka mendapat
keputusan yang baik dalam peperiksaan
tersebut.
Mahasiswa Berkualiti
1...,20,21,22,23,24,25,26,27,28,29 31,32,33,34,35,36,37,38,39,40,...123
Powered by FlippingBook