Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 32

31
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Peers Skill Camp UPNM
14 - 16 Disember 2009 - Kem seminar ini telah diadakan di Kem El- Azhar, Banting, Selangor
dan telah dihadiri oleh 35 orang peserta daripada ahli PEERS UPNM. Kem ini secara amnya
menawarkan kursus dan bengkel asas peers dan kaunseling kepada para peserta.
Anjuran Dalaman
Ceramah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat UPNM 1430H / 2009M
9 Januari 2009 - Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah di
Masjid Al-Jazari, UPNM dan dihadiri oleh staf dan pelajar bermula jam 11.00 pagi dan
berakhir jam 2.00 petang. Antara objektif program ialah memuliakan dan meraikan tahun
baru Islam dan bulan Muharram dengan aktiviti keagamaan di samping memberikan
kesedaran serta pengetahuan tentang sejarah hijrah Nabi Muhammad SAW.
Kursus Perkahwinan Islam Siri 1 2009 Peringkat UPNM
14 Mac 2009 - Kursus ini telah berlangsung di Dewan Pendekar, UPNM bermula jam 8.00
pagi hingga 5.00 petang melibatkan kira-kira 100 orang peserta. Penceramah yang telah
mengendalikan kursus kali ini dijemput khas dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan
juga Pusat Islam, UPNM.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UPNM 1430H/2009M
21 Mac 2009 - Program telah berlangsung di Dewan Tun Templer, UPNM. Antara objektif
penganjuran ialah untuk menyemai dan menyemarakkan lagi rasa cinta pada Rasulullah
SAW, memberikan penghayatan dan kesedaran tentang perjuangan Baginda dalam
menyebarkan dakwah Islamiah serta memupuk dan meningkatkan kerjasama berpasukan
antara pelajar.
Mahasiswa Berkualiti
1...,22,23,24,25,26,27,28,29,30,31 33,34,35,36,37,38,39,40,41,42,...123
Powered by FlippingBook