38
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Pemantapan Diri (Kaunseling Kelompok)
6 Mac 2009 - Sesi bimbingan kaunseling ini bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan
antara pelajar dengan Unit Kaunseling dan Kerjaya HEPA dalam mencari dan mengenalpasti
halangan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar terutamanya perkara-perkara yang
mungkin menjadi penyebab kepada kemerosotan akademik dan keyakinan diri mereka. Sesi
bimbingan ini telah dijalankan di Bangunan Bistari dan telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dari
Batalion Kasturi dan Lekir Tahun 2007.
Program Pembangunan Potensi Akademik Pelajar (Kaunseling Kelompok) Siri 2
18 Jun 2009 - Program ini diwajibkan
penyertaannya kepada pelajar-pelajar
yang mendapat Purata Nilaian Gred
Kumulatif (PNGK) 2.3 dan ke bawah yang
melibatkan seramai 42 orang pelajar.
Ianya diadakan bertempat di Dewan
Pendekar, UPNM. Program ini bertujuan
untuk membantu pelajar-pelajar terlibat
meningkatkan motivasi mereka serta
memberi panduan mengenai kaedah
serta pembelajaran berkesan ke arah
pencapaian PNGK yang lebih baik pada
semester-semester akan datang.
Talk 1 & 2 - Rahsia Kehidupan Kampus dari
Perspektif Psikologi
17 Ogos 2009 - Program yang diadakan di Dewan Pendekar ini berupa siri ceramah
kecemerlangan akademik dan gaya hidup di UPNM dan telah dihadiri oleh 158 orang
pelajar. Kesinambungan program ini diteruskan pada 12 September 2009 di tempat yang
sama yang telah disertai seramai 145 orang pelajar.
Mahasiswa Berkualiti
Program Derma Darah
18 Ogos 2009 - Program derma darah kali ke-8 di UPNM ini dianjurkan dengan kerjasama
antara Pusat Darah Negara, HEPA dan Pusat Kesihatan UPNM. Program ini telah diadakan di
Anjung Nautika, Bangunan Bistari dan telah berjaya menarik penglibatan seramai 230 orang
penderma.
Program Kaunselor Bersama Pelajar Awam (Asasi)
25 Oktober 2009 - Program ini telah diadakan di Surau Kolej Lumayan. Seramai 48 orang
pelajar turut serta dalam program yang antara lain bertujuan untuk memberikan bimbingan
peningkatan diri dan tips pembelajaran menjelang peperiksaan kepada para pelajar.