Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 49

48
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Learning (PBL)
, Kerja berpasukan, Penulisan Tesis dan Projek Sarjana Muda dilaksanakan.
Kaedah penilaian adalah seperti berikut:
a. Ujian dan peperiksaan akhir
b. Latihan amali secara berkumpulan
c. Penyelidikan Projek Sarjana Muda
d. Penilaian Latihan Industri
Kaedah Penilaian
Secara amnya, kaedah penilaian pelajar dilaksanakan ke atas pengetahuan, kemahiran
dan sikap pelajar. Ia meliputi ujian, kuiz dan projek di mana penilaian kerja kursus tidak kurang
40% dan tidak melebihi 60% daripada penilaian keseluruhan. Peperiksaan akhir merupakan
sebahagian daripada penilaian dan pemberat diberikan tidak kurang 40% dan tidak lebih
60% (kecuali kursus-kursus yang dibenarkan oleh Senat seperti PSM). Kaedah penilaian adalah
mengikut Buku Panduan Akademik yang diserahkan kepada pelajar pada setiap sesi.
a. Antara kandungan buku ini adalah tempoh pengajian, sistem gred dan mata nilai,
struktur dan kurikulum program, sinopsis kursus dan bahan rujukan kursus. Jumlah kredit
yang diperlukan untuk tujuan pengijazahan juga ada dinyatakan dalam buku
panduan akademik.
b. Pelajar juga boleh merujuk kepada laman web universiti untuk mendapatkan
maklumat lanjut (
).
c. Bagi pelajar yang memerlukan khidmat nasihat bagi menyelesaikan isu-isu yang
berkaitan dengan pengajian akademik, sistem Penasihatan Akademik disediakan
oleh setiap fakulti. Penasihat Akademik terdiri daripada pensyarah-pensyarah di
fakulti.
Senat UPNM bertanggungjawab terhadap polisi penilaian pelajar. Tanggungjawab
ini diperturunkan JPPA Universiti yang di Pengerusikan oleh TNC (HEAA) bagi mengkaji polisi
penilaian dari masa ke semasa. Bagi memastikan setiap pensyarah memenuhi piawaian
yang ditetapkan, UPNM mengamalkan sistem penilaian berterusan bagi setiap kursus
dengan kaedah penilaian seperti berikut:
a. Kerja Kursus
Kerja kursus terdiri daripada tugasan (amali, kuiz, latihan dalam kelas,pembentangan,
tugasan individu dan kerja kumpulan), ujian 1 dan ujian 2. Penilaian kerja kursus
adalah dalam bentuk sumatif dan menyumbang tidak lebih 60% daripada markah
keseluruhan. Semua kerja kursus perlu dinilai oleh pensyarah dan dikembalikan
kepada pelajar dalam tempoh 2 minggu.
b. Peperiksaan Akhir
Peperiksaan akhir adalah dalam bentuk formatif dan menyumbang tidak kurang
daripada 40% daripada markah keseluruhan.
c. Projek Penyelidikan Sarjana Muda
Projek tahun akhir dinilai berdasarkan kepada cadangan projek, laporan kemajuan,
pembentangan projek, dan disertasi.
d. Latihan Industri (LI)
Latihan industri dinilai berdasarkan kepada laporan pensyarah pelawat, laporan
penyelia, laporan kerja pelajar dan buku log.
Pengajaran dan Pembelajaran
1...,39,40,41,42,43,44,45,46,47,48 50,51,52,53,54,55,56,57,58,59,...123
Powered by FlippingBook