Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 53

52
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Mekanisme bagi memastikan keadilan sistem peperiksaan adalah:
a. Memaklumkan tarikh ujian 1, ujian 2 dan peperiksaan akhir pada hari pertama kuliah
diadakan.
b. Menyediakan senarai peraturan yang perlu dipenuhi oleh ketua pengawas,
pembantu pengawas dan juga pelajar semasa minggu peperiksaan.
c. Menyediakan ruangan peperiksaan yang selesa bagi pelajar-pelajar.
d. Kewajipan pelajar membawa kad matrik pelajar bagi memastikan tiada penipuan
identiti berlaku.
Mekanisme bagi memastikan kesahihan, kesaksamaan pengurusan dan keadilan rekod
akademik adalah:
a. Penggunaan sistem SerindIT bagi kemasukan markah pelajar.
b. Pensyarah yang berhak sahaja dapat mencapai sistem SerindIT
c. Penetapan tarikh akhir bagi kemasukan markah yang mana umumnya dua minggu
setelah tarikh peperiksaan.
d. Keperluan pengesahan gred kursus oleh ketua jabatan dan dekan.
Mekanisme bagi mengkaji standard pembangunan kualiti terutama kurikulum Jabatan dan
Fakulti:
a. Setiap jabatan mempunyai wakil ke Jawatankuasa Kurikulum Fakulti.
b. Jabatan akan melaporkan perkembangan kurikulum ke Jawatankuasa Kurikulum
Fakulti bagi memantau dan memudahkan perubahan dan perkembangan kurikulum
dilaksanakan.
c. Seorang pemeriksa luar yang telah dilantik akan memeriksa dan memberi
pandangan terhadap kurikulum sedia ada dan yang dicadangkan bagi
melancarkan perlaksanaan penilaian baru.
Maklum balas dari wakil pelajar, staf akademik, pemeriksa luar dan
stakeholder
diambil kira dalam mempertingkatkan sistem penilaian pelajar. Misalnya pandangan
daripada pemeriksa luar dan penilai kertas soalan peperiksaan yang pakar dalam sesuatu
bidang diambil kira dalam penyediaan soalan peperiksaan akhir. Begitu juga dalam
menyediakan dan mengkaji semula kurikulum, wakil pelajar, staf akademik, dan
stakeholder
akan dijemput untuk memberi pandangan dan maklum balas.
Pengajaran dan Pembelajaran
1...,43,44,45,46,47,48,49,50,51,52 54,55,56,57,58,59,60,61,62,63,...123
Powered by FlippingBook