Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 63

62
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Gambar rajah 7:
Konsep Sukatan Pelajaran untuk LTW
b.
Validasi Dalaman dan Luaran.
Cawangan Pembangunan dan Penyelidikan telah
melaksanakan validasi dalaman terhadap Pegawai Kadet yang telah mengikuti
Latihan Ketenteraan Semester 3 dan Eksesais Harimau Jempol pada 25 Mei hingga 5
Julai 2009. Validasi ini dilaksanakan untuk mendapatkan maklum balas mengenai
keberkesanan latihan ketenteraan Pegawai Kadet, keberkesanan kejurulatihan,
aspek pentadbiran dan logistik.
c.
Audit Prestasi Akademik (APA).
Sepertimana yang telah diputuskan oleh Mesyuarat
Senat Bil. 11/2009, semua kursus yang ditawarkan di UPNM perlu mengikut format
Malaysian Qualifications Framework (MQF). Sehubungan dengan itu, Cawangan
Pembangunan dan Penyelidikan telah terlibat dengan Audit Prestasi Akademik oleh
pihak MQA pada 20 hingga 22 Oktober 2009 untuk kesemua subjek-subjek Latihan
Ketenteraan Umum.
d.
Audit ISO.
Audit dalaman ISO telah dilaksanakan pada 29 September 2009.
Latihan Ketenteraan Tahun 2009.
Laporan Bahagian Latihan Ketenteraan (BLK) tahun 2009
merangkumi latihan ketenteraan yang telah dilaksanakan mulai Januari 2009 sehingga
Disember 2009. Antara latihan yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2009 adalah
Latihan Tunas Wira, Latihan Ketenteraan Umum, Latihan Ketenteraan Tahun Akhir, Latihan
Kawad Tauliah tahun 2009 dan sukan ketenteraan.
a.
Latihan Tunas Wira (LTW).
Latihan Tunas Wira telah dilaksanakan khusus kepada Bakal
Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bagi pengambilan 09/10.
Latihan ini telah dilaksanakan secara intensif dalam jangkamasa 6 minggu iaitu mulai
11 Mei hingga 28 Jun 09. Latihan ini membabitkan seramai 244 orang Pegawai Kadet
Pengambilan 09/10. LTW dilaksanakan untuk menukarkan watak Pegawai Kadet dari
aspek sikap dan perwatakan awam kepada tentera terutama di dalam menepati
masa dan kepatuhan kepada arahan-arahan pihak atasan di samping membina
kekuatan fizikal dan mental melalui kaedah peningkatan secara berkala.
Ketenteraan
1...,53,54,55,56,57,58,59,60,61,62 64,65,66,67,68,69,70,71,72,73,...123
Powered by FlippingBook