Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 71

70
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Peruntukan Tahun 2009.
Pada tahun 2009 peruntukan yang diperolehi oleh UPNM adalah
sebanyak RM 10,464,963.00. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 10,380,863.00
telah dibelanjakan iaitu 99.2% daripada keseluruhan peruntukan.
Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh cawangan ini adalah memantau kontrak-kontrak
perkhidmatan dan projek RMK-10 dibawah naungan KEMENTAH seperti berikut:
a.
Kontrak Jahitan.
Kontrak dengan Syarikat SYT Idaman ini berkuat kuasa dari 1 Februari
2008 sehingga 31 Januari 2011 dengan peruntukan had bumbung kontrak sebanyak
RM 2.6 juta. Buat masa ini cawangan ini sedang menyediakan permohonan lanjut
tempoh kontrak untuk satu tahun lagi dan penambahan had bumbung kontrak
sebanyak RM 198,000.00 untuk Syarikat ini untuk dimajukan ke Bahagian PERO 6
KEMENTAH.
b.
Kontrak Dobi.
Kontrak dengan Syarikat Puncak Rahmat Resources ini berkuat kuasa
dari 1 Februari 2008 sehingga 31 Januari 2010 dengan peruntukan sebanyak RM 1.3
juta. Cawangan ini sedang menyediakan permohonan lanjut tempoh kontrak dan
penambahan had bumbung kontrak sebanyak RM 427,000.00 bagi Syarikat ini untuk
dimajukan ke Bahagian PERO 6, KEMENTAH.
c.
Kontrak Pakaian Istiadat Pegawai Kadet UPNM.
Kontrak pakaian istiadat Pegawai
Kadet UPNM ini telah tamat pada 31 Disember 2009 dan Cawangan ini sedang
dalam proses penyediaan dokumen untuk mewujudkan kontrak baru.
d.
Projek RMK-10.
Hanya satu sahaja projek RMK-10 UPNM yang telah dimajukan ke
Bahagian Perancang Pertahanan Markas ATM oleh Cawangan ini iaitu Projek
Indoor
and Outdoor Shooting Range
dengan anggaran kos projek ini adalah RM 8 Juta.
LOGISTIK
Cawangan Logistik Akademi Latihan Ketenteraan adalah PTJ bagi UPNM (210501) di bawah
Program Bantuan Bersama Kementerian Pertahanan Malaysia dan menguruskan perkara-
perkara berikut:
a.
Kewangan dan Perolehan.
b.
Kontrak Perkhidmatan.
c.
Projek RMK - 10.
PTJ UPNM
210501
Gambar rajah 17:
Pengurusan PTJ Cawangan Logistik ALK-UPNM
Ketenteraan
1...,61,62,63,64,65,66,67,68,69,70 72,73,74,75,76,77,78,79,80,81,...123
Powered by FlippingBook