78
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Pengenalan
P
embangunan modal insan merupakan teras kepada
kejayaan sesebuah organisasi. Hanya melalui pemilikan
modal insan yang terdidik dan terlatih organisasi mampu
menghadapi sebarang cabaran dan terus bergerak mencipta
kecemerlangan.
Di UPNM, Jabatan Pendaftar adalah penggerak dan nadi utama pengurusan
pentadbiran bagi seluruh sistem universiti yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan
pembangunan sumber manusia serta pengurusan pelajar dan keselamatan.
Pembangunan modal insan di universiti ini diuruskan secara terancang sesuai
dengan matlamat penubuhan universiti dan selaras dengan Pelan Strategik UPNM. Bagi
merealisasikan matlamat tersebut, UPNM terus berusaha menyediakan tenaga kerja
berwibawa dan dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk
sains dan teknologi.
Enrolmen Perjawatan
UPNM bagi tahun 2009 telah menerima sebanyak 149 waran perjawatan dengan pecahan
57 perjawatan bagi jawatan Akademik dan 92 jawatan bagi jawatan Bukan Akademik.
Pecahan perjawatan adalah seperti di dalam rajah 1.
Bagi tujuan pengisian
jawatan, UPNM telah
merancang untuk
memantapkan pengurusan
sumber manusia dengan
mengenal pasti modal insan
yang berkualiti. Di antara
perancangan yang telah
dikenal pasti adalah dengan
mengadakan program
pengambilan tenaga
akademik dari beberapa
negara seperti United Kingdom,
Australia dan New Zealand.
Sebagai melaksanakan
perancangan tersebut UPNM
telah menyertai Career Fair anjuran UKEC yang diadakan di London pada 27-31 Mac 2009.
Melalui penyertaan ini UPNM telah mengenal pasti bakal tenaga pengajar yang berpotensi
dan berkualiti untuk dilantik sebagai pensyarah dan tutor di universiti ini.
Modal Insan Cemerlang
odal Insan Cemerlang
Gambar rajah 1:
Pecahan perjawatan