Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 85

84
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Anjakan Gaji
Seorang staf dari Jabatan Bendahari telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang
peperiksaan tahap kecekapan Aras IV yang melayakkan beliau untuk menerima anjakan
gaji pada tahun 2009.
Pemberian Taraf Berpencen
Seramai 10 orang staf telah
layak diberi pemberian taraf
berpencen kerana telah genap
tiga tahun perkhidmatan dan
disahkan jawatan pada tahun
2009.
Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang tahun 2009
Seramai 40 orang staf UPNM yang
terdiri daripada para pensyarah,
Kumpulan Pengurusan dan
Profesional dan Kumpulan
Sokongan l dan ll telah dipilih
sebagai Penerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang
tahun 2009. Majlis penyampaian
saguhati dan sijil telah disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM pada 17 Mei 2010 yang lalu.
Pemilihan ini berdasarkan
kepada perkhidmatan
yang diberikan oleh
para staf yang mutu
atau penghasilannya
melebihi daripada
keperluan
tanggungjawab biasa
bagi jawatannya.
Perkhidmatan yang
diberikan itu boleh
dijadikan contoh
dan ikutan, serta
memberi pengaruh
yang menggerakkan
kecergasan bekerja
dan daya usaha staf-
staf yang lain.
Modal Insan Cemerlang
1...,75,76,77,78,79,80,81,82,83,84 86,87,88,89,90,91,92,93,94,95,...123
Powered by FlippingBook