Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 95

94
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Pembangunan Sumber Maklumat
Pembangunan Sumber Maklumat
Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT)
D
alam usaha menjadikan
UPNM sebagai sebuah
universiti e-kampus
pelbagai usaha pembangunan
infrastruktur telah dilakukan. Semua
ini dilakukan bagi menyediakan
persekitaran perkhidmatan ICT
yang terkini selaras dengan
keperluan semasa. Sepanjang
tahun 2009 UPNM telah
memberikan tumpuan kepada
kerja-kerja menaik taraf prasarana
rangkaian, meningkatkan kualiti
perkhidmatan dan keselamatan
ICT.
Di dalam usaha untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan
ICT serta membantu urusan
pentadbiran dan operasi, universiti
telah membekalkan sejumlah
komputer kepada kakitangan
pengurusan dan juga sokongan.
Kakitangan akademik juga telah
dibekalkan dengan komputer riba
dan begitu juga usaha telah dibuat
bagi melengkapkan makmal
komputer sedia ada dengan komputer-komputer baru.
Rangkaian UPNMNet
UPNM telah menyediakan dua jenis teknologi rangkaian bagi kemudahan warga kampus
iaitu rangkaian berwayar dan tanpa wayar. Hampir semua kawasan di dalam kampus
mendapat capaian internet melalui hubungan UPNMNet.
Begitu juga dengan perkhidmatan tanpa wayar, walaupun liputannya masih belum
seratus peratus namun UPNM telah merancang untuk meningkatkan liputan ke seluruh kampus
dalam projek RMK-10. Jadual 1 menerangkan kawasan liputan rangkaian ICT di UPNM.
Jadual 1:
Kawasan Liputan Rangkaian UPNM.Net
Rangkaian Berwayar (wired network)
Rangkaian Tanpa Wayar (wireless
network)
Keseluruhan kawasan pentadbiran UPNM, Makmal
Komputer, Pusat Kesihatan, Bilik Pensyarah, Perpustakaan
dan asrama pelajar. Keseluruhan kawasan pentadbiran
UPNM, Makmal Komputer, Pusat Kesihatan, Bilik Pensyarah,
Perpustakaan dan asrama pelajar.
Bangunan Canselori, Bangunan Bestari, Bangunan
Kejuruteraan Awam, Bangunan Kejuruteraan Mekanikal-
Elektrikal, Perpustakaan, Wisma Pegawai Kadet, asrama
pelajar dan Dewan Pendekar.
Rangkaian
Kawasan
1...,85,86,87,88,89,90,91,92,93,94 96,97,98,99,100,101,102,103,104,105,...123
Powered by FlippingBook