Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 96

95
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Jalur Lebar Internet (Internet Bandwidth)
Kelajuan jalur lebar telah ditingkatkan dari 2 Mbps kepada 64 Mbps. Kemudahan yang
ditingkatkan ini membolehkan warga UPNM menikmati capaian Internet yang lebih pantas.
Peningkatan ini juga memberi impak yang besar terhadap capaian Sistem Akademik Pelajar,
Sistem Maklumat Personel, Portal MyCampus, e-Attendance, e-Learning, emel dan sistem-
sistem yang lain.
Pembekalan Komputer Peribadi dan Komputer Riba
Bagi tahun 2009, sebanyak 150 buah komputer peribadi dan 130 buah komputer riba telah
dibeli bagi kegunaan kakitangan. Kesemua komputer peribadi dan komputer riba tersebut
telah diperolehi dan diagihkan kepada kakitangan pengurusan dan sokongan. Bagi
menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan kakitangan akademik juga
dibekalkan dengan komputer riba setiap seorang.
Menaik taraf Prasarana dan Keselamatan Rangkaian
Sepanjang tahun 2009, pelbagai projek telah dilaksanakan bagi meningkatkan mutu
perkhidmatan. Aspek-aspek keselamatan rangkaian UPNMNet juga diambil kira bagi
melindungi pengguna dan data universiti. Di antara projek yang telah dilaksanakan adalah
seperti berikut:
• Menaik taraf Directory Name Service (DNS) -
Internal
dan
External
DNS;
• Menaik taraf perkakasan
Firewall
yang mempunyai ciri-ciri
Unified Threat
Management
(UTM) seperti
Intrusion Prevention System
(IPS),
Content and Web
Filtering
dan juga antivirus;
• Perolehan perkakasan
Link Balancer
; dan
• Menaik taraf perisian antivirus
Pembangunan Sistem Aplikasi
Sepanjang tahun 2009, beberapa sistem aplikasi telah dibangunkan untuk digunakan dan
dicapai oleh pengguna sistem, khususnya para pelajar. Sistem-sistem tersebut adalah seperti
berikut:
a)
Sistem Temuduga Pengambilan Pegawai Kadet
Sistem Temuduga semasa Hari Pendaftaran dan Temuduga bakal Pegawai
Kadet.
b)
Sistem Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru
Sistem Pendaftaran Pelajar digunakan oleh pihak Bahagian Pengurusan
Akademik pada Hari Pendaftaran Pelajar Baru dan Pendaftaran Pegawai
Kadet yang mengikuti Program Tunas Wira.
c)
Perkhidmatan mySMS UPNM
Gerbang SMS Kerajaan mySMS adalah satu usaha yang membolehkan
pelajar atau orang ramai mendapatkan perkhidmatan Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor SMS iaitu
15888.
Perkhidmatan mySMS UPNM digunakan bagi penghantaran mesej kepada pengguna-
pengguna telefon mudah alih pada satu masa. Caj SMS bagi perkhidmatan notifikasi dan
hebahan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia adalah RM 0.10 akan ditanggung oleh
UPNM.
Pembangunan Sumber Maklumat
1...,86,87,88,89,90,91,92,93,94,95 97,98,99,100,101,102,103,104,105,106,...123
Powered by FlippingBook