Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 97

96
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Perkhidmatan mySMS yang telah dilaksanakan di UPNM:
1)
SMS DOD (Documentation on Demand) - Perkhidmatan untuk mendapatkan Borang
Perjawatan Akademik dan Bukan Akademik. Pengguna perlu menghantar SMS untuk
mendapatkan borang-borang tersebut terus ke emel mereka.
2)
SMS IOD (Information On Demand) - Perkhidmatan untuk mendapatkan Info.
Pengguna perlu menghantar SMS untuk mendapatkan alamat UPNM.
3)
SMS E-Hubung - Perkhidmatan untuk mendapatkan keputusan peperiksaan semester.
4)
SMS Broadcast - Perkhidmatan untuk panggilan temuduga calon-calon Pegawai
Kadet UPNM
Pembangunan Laman Web Rasmi dan Ad-hoc
a)
Pembangunan Laman Web Rasmi UPNM
UPNM berhasrat untuk menambah baik laman web rasmi sedia ada kepada laman
web rasmi yang baru. Diterajui Bahagian Kepimpinan Korporat dan Perhubungan
Antarabangsa bersama Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui khidmat
rundingan dan kepakaran Universiti Multimedia Sdn Bhd, laman web rasmi UPNM
yang baru dengan struktur binaan yang lebih kemas, interaktif dan mesra pengguna
telah dibangunkan.
Pembinaan laman web tersebut juga diadaptasi mengikut keperluan yang telah
ditetapkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU) dan berdasarkan garis panduan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2000 “Garis
Panduan Malaysian Civil Service Link (MCSL) dan Laman Web Agensi Kerajaan”.
Pelancaran dan perasmian laman web baru universiti telah disempurnakan oleh
YBhg. Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM pada
8 Disember 2009.
b)
Laman Web Seminar National Defence on Higher Education and Nation Building
“Education is the First Line Defence”
Dibangunkan secara ad-hoc bersempena dengan penganjuran seminar yang
bertempat di Hotel JW Marriott pada 28 Oktober 2009.
c)
Laman Web Fakulti Kejuruteraan bersempena dengan lawatan Engineering
Accreditation Council (EAC)
Bersempena dengan lawatan panel EAC pada 5 Oktober 2009, PTMK telah
membantu Fakulti Kejuruteraan membangunkan laman web secara ad-hoc.
Pembangunan Sumber Maklumat
1...,87,88,89,90,91,92,93,94,95,96 98,99,100,101,102,103,104,105,106,107,...123
Powered by FlippingBook