Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 99

98
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Perpustakaan
Perpustakaan
P
erpustakaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM) telah ditubuhkan pada November 2006. Ia adalah
kesinambungan dari Perpustakaan Akademi Tentera
Malaysia (ATMA) yang ditubuhkan pada Mei 1995.
Untuk memenuhi peranan Perpustakaan sesebuah universiti, beberapa langkah telah
diambil seperti membangunkan koleksi maklumat Sains Pertahanan dan Sains Teknologi
yang komprehensif dan global; menyediakan prasarana teknologi maklumat yang terkini
bagi tujuan penyebaran maklumat secara efisyen dan efektif; memberi sokongan kepada
proses penyelidikan, pengajaran, dan pembelajaran; memelihara memori korporat dan
menyediakan prasarana yang kondusif dalam proses pembelajaran di dalam Pepustakaan.
Dengan keluasan 16 920 kaki persegi, Perpustakaan UPNM terletak di Bangunan Bestari Aras
4 dan 5.
KEUPAYAAN PERPUSTAKAAN UPNM
Keupayaan Perpustakaan Menyokong Program.
Perpustakaan sentiasa memenuhi keperluan dan menyokong pengajaran dan
pembelajaran di UPNM dengan cara berikut:
i.
Melengkapkan koleksi Perpustakaan dengan pembelian buku-buku terkini dan
relevan dari pensyarah untuk program masing-masing.
ii.
Memperolehi secara berterusan bahan-bahan dan sumber maklumat dalam negeri.
iii.
Langganan jurnal bercetak dan pangkalan data yang memenuhi kesemua
program yang ditawarkan di UPNM seperti Springer (pelbagai bidang),
ACM Digital
Library
(Sains Komputer),
American Society Civil Engineering
(ASCE).
iv. Mengumpul dan mengurus bahan-bahan yang dihasilkan oleh universiti, para
akademik dan pelajar dalam pelbagai bentuk.
v.
Menyediakan perkhidmatan maklumat terkini dan maklumat terpilih bagi
memastikan para akademik sentiasa mendapat maklumat yang terkini dalam
bidangnya.
vi. Menyediakan ruang bacaan yang mencukupi sejajar dengan pertambahan pelajar
dan Perpustakaan akan terus menjadi tumpuan sebagai tempat menimba ilmu dan
pusat maklumat.
KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Pembangunan Koleksi
Perpustakaan UPNM menyediakan perkhidmatan dan kemudahan serta sumber ilmu
yang berkualiti bagi menepati keperluan warga Universiti. Antara koleksi Perpustakaan
UPNM adalah Koleksi Rak Terbuka, Koleksi Rujukan, Koleksi Malaysiana, Koleksi Bacaan
Bebas, Koleksi Buku Teks, Koleksi Tanda Merah (Red Sport), Koleksi Tesis dan Koleksi Jurnal
Terbitan Bersiri/ Jurnal. Sehingga kini, koleksi monograf adalah sebanyak 66,009 naskah
1...,89,90,91,92,93,94,95,96,97,98 100,101,102,103,104,105,106,107,108,109,...123
Powered by FlippingBook