Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 70

69
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Ujian Kecergasan.
a.
Latihan Renang Pegawai kadet
. Latihan Renang sentiasa mengikut jadual renang
yang dikeluarkan oleh Cawangan Jasmani. Hasil dari latihan tersebut, ramai
Pegawai Kadet yang telah berjaya dan lulus ujian yang dijalankan
Walaubagaimanapun ada segelintir Pegawai Kadet yang masih lemah dan masih
memerlukan bimbingan intensif daripada jurulatih renang cawangan jasmani.
b.
Ujian Kecergasan Asas Pegawai Kadet (UKA).
UKA Penggal Pertama telah
dilaksanakan pada 18 Februari hingga 20 Februari 2009 dan UKA Penggal Kedua
telah dilaksanakan pada 2 Disember 2010. Ujian ini bagi menentukan tahap
kecergasan setiap Pegawai Kadet mencapai piawaian sebagaimana yang telah
ditetapkan.
c.
BMI Pegawai Kadet.
Latihan intensif telah direncanakan khas kepada Pegawai Kadet
yang yang mempunyai Body Mass Index (BMI) melebihi 25 mulai bulan Julai 2009.
Latihan ini dijalankan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 1730 hingga 1900.
d.
Ujian Kecergasan Asas Staf (UKA).
UKA bagi staf ALK telah diadakan dua kali setahun
penggal 1 dan penggal 2. Penggal pertama ujian diadakan pada tarikh 13 dan 15
April 2009 manakala Penggal Kedua diadakan pada 16 dan 18 Ogos 09. Seramai 19
Pegawai dan 158 LLP telah diuji.
e.
Latihan Jasmani dan Sukan Petang Staf.
Sukan staf diadakan pada setiap hari Jumaat
jam 1500 hingga 1615 dan Latihan Jasmani pada hari Rabu jam 0730 hingga 0830.
Latihan ini melibatkan semua anggota ALK.
Gambar rajah 16:
Objektif Latihan Jasmani dan Sukan Staf UPNM
Ketenteraan
1...,60,61,62,63,64,65,66,67,68,69 71,72,73,74,75,76,77,78,79,80,...123
Powered by FlippingBook