Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 59

58
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
b.
Majlis Makan Malam Rejimental.
Acara rejimental ini dilaksanakan oleh setiap
Batalion Pegawai Kadet bagi menetapkan nilai-nilai rejimental ketenteraan kepada
setiap Pegawai Kadet tatacara Majlis Makan Malam Rejimental. Bagi Pegawai Kadet
yang telah tamat latihan dan pengajian di UPNM pada tahun 2009, Majlis Makan
Malam Rejimental diadakan pada 31 Januari 2010 bertempat di Hotel Royale Chulan,
Kuala Lumpur.
c.
Reporting Day
(R Day).
Acara ini mula diperkenalkan pada 11 Mei 2009 semasa
pengambilan baru Pegawai Kadet UPNM siri 2009/2010 diadakan. Penyerahan
pelajar baru oleh ibu bapa kepada UPNM dilaksanakan dengan teratur bermula
dengan sesi penerimaan, taklimat, membekalkan peralatan logistik, latihan asas
kawad dan perbarisan Bakal Pegawai Kadet untuk dipertonton kepada ibu bapa
pada hari yang sama. Secara ringkasnya aktiviti ini berpandukan konsep yang
dilaksanakan di Westpoint Military Academy, Amerika Syarikat.
Pembangunan Kerohanian.
Untuk pembangunan kerohanian, pelbagai aktiviti keagamaan
telah dilaksanakan. Untuk agama-agama lain, Pegawai Kadet selain daripada yang
beragama islam dibenarkan untuk menyertai aktiviti keagamaan masing-masing.
Ketenteraan
1...,49,50,51,52,53,54,55,56,57,58 60,61,62,63,64,65,66,67,68,69,...123
Powered by FlippingBook