Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 28

27
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Mahasiswa Berkualiti
SOROTAN AKTIVITI SEPANJANG 2009
HEPA telah berjaya melaksanakan sebanyak 81 aktiviti utama sepanjang tahun 2009 yang
merangkumi aspek pembangunan sahsiah pelajar, sukarelawan, pengucapan awam
dan juga menjalankan aktiviti yang berbentuk kemahiran. Aktiviti utama ini adalah selari
dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) untuk melahirkan pelajar
yang mempunyai minda kelas pertama dan sedia bersaing di peringkat tempatan dan
antarabangsa. Selain itu juga, aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah bertepatan dengan visi,
misi dan objektif UPNM untuk melahirkan pelajar yang mempunyai perwatakan pemimpin
yang unggul.
Antara aktiviti HEPA sepanjang tahun 2009 dikategorikan mengikut 5 komponen utama
iaitu Komponen Kepimpinan, Kesenian dan Kerohanian, Kreatif, Sukan dan Pembangunan
Insaniah.
Komponen Kepimpinan
Program Pintar Bersama Universiti
27 Mac 2009 - Objektif program ini ialah untuk membangunkan sahsiah diri pelajar,
memajukan diri serta memberi keyakinan kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan.
Program ini bertempat di Sekolah Pekan Sungai Besi dan Sekolah Bandar Tun Abdul Razak
dan telah dihadiri oleh seramai 150 orang pelajar sekolah.
Majlis Watikah Pelantikan JPPK (Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Kolej) Kolej Lumayan
10 April 2009 - Majlis ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Apartment Lumayan
dan dihadiri oleh semua pelajar awam UPNM yang menginap di Kolej Lumayan. Majlis ini
merupakan majlis pengenalan kepada ahli pengurusan kolej serta penyerahan Watikah
Pelantikan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Kolej (JPPK).
1...,18,19,20,21,22,23,24,25,26,27 29,30,31,32,33,34,35,36,37,38,...123
Powered by FlippingBook