Page 212 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 212

Penyelidikan dan Inovasi

                 terdiri  daripada  pelajar  Ijazah  Sarjana  Muda  dan  Diploma  di  UPNM.  Penajaan  yang  berjaya
                 dikumpulkan daripada pihak industri berjumlah RM 11,000.00 sahaja. Kejayaan penganjuran CPC
                 2022 adalah di atas usaha dan dikendalikan sepenuhnya oleh Defence Science and Technology
                 Club (DeSTeC) sebuah kelab pelajar di bawah Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP)
                 dengan bimbingan PKS&RID. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Lt Kol Prof. Ts. Dr. Muhd
                 Zuazhan bin Yahya, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Mohd
                 Hazali bin Mohamed Halip, Pengarah PKS&RID dan wakil-wakil penaja.

                                                        ELECTRONIC  WARFARE  PROFESSIONAL  COURSE
                                                        2022 ANJURAN BERSAMA PKS&RID, UPNM DAN
                                                        CSIR AFRIKA SELATAN
                                                        26 - 30 September 2022, UPNM - Electronic Warfare
                                                        Professional Course 2022 anjuran bersama PKS&RID,
                                                        UPNM  dan  CSIR  Afrika  Selatan  telah  diadakan  di
                                                        Pusat  Marin,  UPNM.  Panel  Penceramah  adalah  Mr
                                                        Christo  Cloete  daripada  CSIR  Afrika  Selatan.  Kursus
                                                        ini  merupakan  siri  ke-3  daripada  perancangan  4  siri
                                                        kursus  yang  telah  memberi  pendedahan  kepada
                                                        peserta  kursus  kepada  prinsip  asas  yang  terlibat
                                                        dalam  merekabentuk  dan  pengoperasian  sistem
                                                        Electronic Warfare (EW) dan memahami aliran teknikal
                                                        dan  strategi  yang  mempengaruhi  Electromagnetic
                                                        Spectrum Operations (ESMO). Seramai 31 orang terdiri
                                                        daripada pegawai UPNM, ATM, APMM, BSEP, BSPP,
                                                        PDRM  dan  Mindmatics  Sdn.  Bhd.  (Industri)  telah
                                                        menyertai kursus ini dengan jayanya.





                 FORUM SIBER SIAGA 2022 DALAM SATU ACARA SIBER SIAGA 2022 DAN IHACK 2022
                 20  Disember  2022,  Wisma  Pertahanan  ATM,  Kuala  Lumpur  -  Pusat  Keselamatan  Siber  dan
                 Revolusi Industri Digital (PKSRID), UPNM melalui Felo Penyelidik; Dr. Syarifah Bahiyah Rahayu
                 binti  Syed  Mansoor  telah  menerima  jemputan  sebagai  moderator  Forum  Siber  Siaga  2022
                 dalam satu acara Siber Siaga 2022 dan iHack 2022 anjuran Bahagian Siber dan Elektromagnetik
                 Pertahanan (BSEP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Turut hadir semasa program ini adalah
                 Prof. Madya Mohd Hazali bin Mohamed Halip, Pengarah PKSRID, UPNM.



























                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  211
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217