Page 215 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 215
Penyelidikan dan Inovasi
JARINGAN KERJASAMA DAN KOLABORASI
STRATEGIK - INSTITUT FOR BIG DATA ANALYTICS
AND ARTIFICIAL INTELLIGENCE (IBDAAI), UITM
DAN INFORMATION SECURITY AND TRUSTED
INFRASTRUCTURES LABORATORY (INSTIL)
6 September 2022, UPNM - Lawatan oleh Institut for Big
Data Analytics and Artificial Intelligence (IBDAAI), UiTM
dan Information Security and Trusted Infrastructures
Laboratory (INSTIL), Kolej Kejuruteraan, UiTM ke
Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP) dan
Pusat Keselamatan Siber dan Revolusi Industri Digital
(PKS&RID). Turut hadir daripada UiTM adalah Prof.
Dr. Jasni binti Mohamad Zain, Pengarah IBDAAI, Prof.
Madya Ir. Dr. Yusnani binti Mohd Yussoff, Ketua RIG
INSTIL, Prof. Dr. Mohd Nazri bin Ismail, Timbalan Dekan
FSTP dan Prof. Madya Mohd Hazali bin Mohamed Halip,
Pengarah PKS&RID.
JARINGAN KERJASAMA DAN KOLABORASI
STRATEGIK - IKED
16 November 2022, UPNM - Pusat Keselamatan Siber dan
Revolusi Digital Industri (PKS&RID), UPNM telah menerima
lawatan daripada pihak IKED yang bertujuan untuk
melengkapkan diri anggota IKED dengan pengetahuan
komunikasi dan elektronik agar mampu merancang dan
menguruskan atur gerak di semua peringkat terutamanya
di dalam kepesatan Revolusi Industri 4.0 masa kini yang
kompleks. Seramai 24 orang peserta IKED telah hadir
semasa lawatan ini. Penerangan dan ceramah bagi lawatan
ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Mohd Hazali bin
Mohamed Halip, Pengarah PKS&RID.
JARINGAN KERJASAMA DAN KOLABORASI STRATEGIK - NAVAL GROUP PERANCIS
29 November 2022, UPNM - Pusat Keselamatan Siber dan Revolusi Digital Industri (PKS&RID),
UPNM telah menerima lawatan daripada pihak Naval Group Perancis dalam rangka lawatan
mereka ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Ia juga bertujuan bagi mengenalpasti potensi
kerjasama offset dalam bidang keselamatan siber. Turut hadir semasa lawatan tersebut, delegasi
daripada Naval Group Perancis; Mr Jean Luc Dodemand dan Mr. Yvon Jegou sementara UPNM
diwakili oleh Dr. Hassan bin Mohamed, Ketua Jabatan Teknologi Pengetahuan dan Keselamatan,
PKS&RID dan Kapten Ts. Dr. Muhamad Lazim bin Talib, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains dan
Teknologi Pertahanan (FSTP).
214 LAPORAN TAHUNAN 2022
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia