Page 214 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 214
Penyelidikan dan Inovasi
JARINGAN KERJASAMA DAN KOLABORASI STRATEGIK UPNM DENGAN AGENSI LUAR
JARINGAN KERJASAMA DAN KOLABORASI
STRATEGIK - UNIVERSITI MALAYSIA
PAHANG (UMP)
24 Mei 2022, UPNM - Lawatan Penanda Aras
Makmal Keselamatan Siber oleh Universiti
Malaysia Pahang (UMP) bersama Jabatan Sains
Komputer (JSK), Fakulti Sains dan Teknologi
Pertahanan (FSTP) dan Pusat Keselamatan
Siber dan Revolusi Industri Digital (PKS&RID).
Turut hadir semasa lawatan tersebut daripada
delegasi UMP adalah Dr. Syifak Izhar binti Hisham
manakala daripada pihak UPNM adalah Prof. Dr.
Mohd Nazri bin Ismail, Timbalan Dekan, FSTP dan
Prof. Madya Mohd Hazali bin Mohamed Halip,
Pengarah PKS&RID.
JARINGAN KERJASAMA DAN KOLABORASI
STRATEGIK - PEMERINTAH ANGKATAN
BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB)
8 Jun 2022, UPNM - Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia (UPNM) telah menerima lawatan
rasmi Yang Mulia Mej Jen Dato Seri Pahlawan Hj
Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Semasa
lawatan rasmi ini, Yang Mulia Pemerintah ABDB
dan delegasi telah dibawa ke Pusat Keselamatan
Siber dan Revolusi Industri Digital (PKSRID) dan
diberikan taklimat berkaitan keupayaan, potensi
kerjasama dan kursus-kursus profesional yang
boleh ditawarkan oleh PKSRID, UPNM kepada
ABDB. Turut terlibat semasa lawatan adalah Lt
Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor
UPNM dan Prof. Madya Mohd Hazali bin Mohamed
Halip, Pengarah PKS & RID.
JARINGAN KERJASAMA DAN KOLABORASI
STRATEGIK - UNIVERSITY COLLEGE TATI
(UC TATI)
2 Ogos 2022, UPNM - Lawatan Penanda Aras
Program Akademik Sains Komputer oleh University
College TATI (UC TATI) ke Makmal Keselamatan
Siber dan Rangkaian, Pusat Keselamatan Siber
dan Revolusi Industri Digital (PKS&RID). Turut
hadir semasa lawatan tersebut daripada delegasi
UC TATI adalah Dr. Wan Ainul Alyani binti Wan
Mohamed dan wakil UPNM adalah Dr. Hassan
bin Mohamed, Ketua Jabatan, PKS & RID.
LAPORAN TAHUNAN 2022 213
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia