Page 210 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 210
Penyelidikan dan Inovasi
KTP (KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAM) 2022- SMK SUNGAI BESI
2 November 2022, Sungai Besi, Kuala Lumpur - Penganjuran program KTP ini diadakan bagi
memupuk minat pelajar sekolah kepada ilmu Sains, Teknologi dan Matematik (STEM). Program
KTP ini dijalankan untuk memberi pengenalan kepada pelajar mengenai bidang matematik dan
sains komputer. PKS&RID julung-julung kalinya menawarkan dua (2) program serentak pada kali
ini, iaitu 1) Program Cryptography - Caesar & Treasure 2022 dan 2) Introductory to Data Science
using RapidMiner. Ilmu daripada projek penyelidikan geran FRGS/1/2017/STG06/UPNM/03/1 dan
UPNM/2019/KTP/IUMU/1 akan diguna pakai untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai
pengenalan kepada ilmu kriptografi dan ilmu Rapidminer seterusnya pelajar dapat membuat latihan
praktikal secara guna tangan dengan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di sekitar kampus UPNM
dan bangunan PKS&RID. Program ini mensasarkan 40 penyertaan pelajar sekolah menengah
tingkatan empat dari SMK Sungai Besi, Kuala Lumpur. PKS&RID berhasrat untuk berkongsi ilmu
kriptografi dan ilmu RapidMiner yang menggunakan Sains Matematik dan Sains Komputer yang
akan meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang Sains dan Teknologi. Matlamat program
pemindahan ilmu ini, diharapkan dapat menambah ilmu serta memupuk minat pelajar sekolah dalam
bidang Sains Matematik dan Sains Komputer. Seterusnya, guru dan pelajar dapat mengenal pasti
potensi diri dan berminat untuk menyelidik dan mempelajari ilmu kriptografi dan ilmu RapidMiner ini.
Turut terlibat semasa program adalah Prof. Madya Mohd Hazali bin Mohamed Halip, Pengarah PKS
& RID, Dr. Nur Aisyah binti Abdul Fataf, Felo Penyelidik PKS & RID, Pn. Nur Hazwani binti Aminudin
Rosli, Pensyarah Pusat Asasi Pertahanan manakala Guru Pengiring SMK Sg Besi adalah Pn. Hana
binti Abu Hassan, Pn. Mariam Jamelah binti Rameli dan Pn. Zurine binti Nur Anuar.
KTP (KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME) 2022 - SK
BRICKFIELDS
29 November 2022, Kuala Lumpur - Program STEM Asas
Pengaturcaraan Phyton oleh Pusat Keselamatan Siber dan
Revolusi Industri Digital Bersama Sekolah Kebangsaan Brickfields
(1). Telah dianjurkan bertempat di Makmal Komputer SK Brickfields
(1), Kuala Lumpur. Objektif program adalah untuk mendedahkan
murid dengan ilmu pengaturcaraan yang mudah menggunakan
Python dan teks editor/IDE, mengetengahkan pengaplikasian
ilmu pengaturcaraan dalam kehidupan seharian melalui platform
berbentuk pertandingan dan meneroka kreativiti peserta dalam
pengaplikasian ilmu pengatucaraan. Program ini telah disertai oleh
20 orang murid sekolah (Tahap 2). Program ini juga dimeriahkan
dengan kehadiran fasilitator terdiri daripada enam orang
mahasiswa UPNM yang turun membantu dalam menjayakan
program STEM ini. Selain itu, turut hadir adalah Pn. Sabaryah binti
Shafiee, Guru Besar, SK Brickfields (1) dan Dr. Syarifah Bahiyah
Rahayu binti Syed Mansoor, Felo Penyelidik, Pusat Keselamatan
Siber dan Revolusi Industri Digital (PKS & RID).
LAPORAN TAHUNAN 2022 209
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia