Page 206 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 206
Penyelidikan dan Inovasi
KUNJUNGAN HORMAT COMIHL KE ICRC (SENDING OFF
& WELCOMING NEW HOD, ICRC)
1 Julai 2022 - Pusat Undang-Undang Tentera dan Undang-
Undang kemanusiaan Antarabangsa (CoMIHL) telah
mengadakan kunjungan Hormat kepada Ms Biljana Milosevic
Head of Regional Delegation ICRC yang bertukar keluar
pada Ogos 2022 dan pertukaran masuk Mr Omar Odeh
pada Oktober 2022. Dalam kunjungan Hormat tersebut,
pembentangan memperkenalkan CoMIHL, program (IHL &
Military Law) serta keperluan CoMIHL untuk meningkatkan
keupayaan dalam program, penyelidikan, penerbitan, publisiti
serta menyebarluaskan jaringan hubungan di rantau Asia
Pasifik telah di sampaikan oleh Lt Kdr Mazura Binti Md
Saman TUDM (Bersara), Timbalan Pengarah, CoMIHL. Turut
hadir bersama adalah felo (Head of Military Law & IHL) serta
staf pentabiran bagi mengeratkan lagi hubungan dan jalinan
kerjasama yang sedia ada antara keduanya.
BENGKEL PENGENALAN BENCANA DAN IMPAK PERUBAHAN IKLIM DI DALAM DAN
SEKITAR MALAYSIA DI PULAU REDANG, TERENGGANU
Bagi memenuhi objektif kajian jangka pendek berkaitan kesiapsiagaan bencana dan adaptasi
perubahan iklim di kalangan penduduk Kampung Baru, Pulau Redang, satu bengkel bersama wakil
penduduk kampung telah diadakan pada 25 Julai 2022 di Dewan Komuniti Kampung Baru, Pulau
Redang. Bengkel ini dianjurkan dengan tujuan untuk memperkaya pengetahuan dan kesedaran
penduduk kampung tersebut berkenaan kategori dan impak bencana yang berpotensi terjadi
di negara ini. Pengisian bengkel yang dilakukan oleh para penyelidik dari Pusat Penyelidikan
Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (HADR), UPNM ini merangkumi bencana alam
seperti banjir, tanah runtuh, ribut taufan dan gempa bumi, di samping jenis bencana baharu
seperti penularan wabak, ancaman pengganas, pemasangan bahaya skala besar (industri) serta
kemalangan melibatkan pengangkutan massa.
Turut dilaksanakan adalah kaji selidik pra- dan pasca bengkel untuk mengenal pasti keberkesanan
bengkel dan tahap pengetahuan para peserta. Dapatan kaji selidik ini menunjukkan hasil positif
dan menggalakkan dengan pengurangan ketara bagi peserta yang menjawab “tidak tahu” bagi
soalan-soalan yang dikemukakan, serta peningkatan pada peratusan jawapan yang betul. Hasil
dari bengkel ini juga, para penyelidik Pusat Penyelidikan HADR berjaya mengenal pasti aspek-
aspek yang memerlukan penambahbaikan jangka panjang bagi memastikan tahap kesiapsiagaan
bencana dan adaptasi perubahan iklim di kalangan penduduk Kampung Baru, Pulau Redang
akan terus dipertingkatkan.
LAPORAN TAHUNAN 2022 205
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia