Page 207 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 207

Penyelidikan dan Inovasi

              PROGRAM  COMMUNITY-BASED  DISASTER  RISK  MANAGEMENT  (CBDRM)  BERSAMA
              KOMUNITI SETEMPAT DI NEGERI JOHOR
              Pusat  Penyelidikan  Bantuan  Kemanusiaan  dan  Peredaan  Bencana  (HADR),  UPNM  telah
              bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Pontian, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru
              dan  Bahagian  Kesihatan  Awam,  Jabatan  Kesihatan  Negeri  Johor  bagi  penganjuran  program
              CBDRM,  atau  pengurusan  risiko  bencana  berasaskan  komuniti  pada  bulan  Ogos  2022  yang
              lalu. Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk mengenal pasti bencana dan risiko bencana
              bersama penduduk setempat, di samping memupuk semangat bersiapsiaga dan menggalakkan
              pembangunan  pelan  tindak  balas  kecemasan  di  kalangan  penduduk  kampung  yang  terlibat.
              Kampung-kampung yang terlibat telah dipilih berdasarkan lokasi mereka berdekatan kawasan
              industri dengan bahaya kemalangan besar (major hazard installation), di samping kedudukan
              di kawasan berisiko bencana lain seperti banjir. Program pertama telah diadakan di Balai Raya
              Kampung Sungai Chengkeh bersama wakil penduduk kampung pada 15 Ogos 2022, manakala
              program kedua diadakan pada 28 Ogos 2022 di Balai Raya Kampung Tanjung Adang, Gelang
              Patah, Johor. Bagi kedua-dua program ini, Pusat Penyelidikan HADR terlibat secara khususnya
              sebagai fasilitator untuk aktiviti perbincangan kumpulan fokus. Antara perkara yang menjadi topik
              perbincangan  bersama  penduduk  kampung  adalah  peristiwa  bencana  yang  pernah  dialami,
              kategori bencana yang telah dikenal pasti, keberkesanan bantuan dari agensi kerajaan tempatan,
              dan  tindak  balas  di  kalangan  penduduk  setempat  sendiri.  Susulan  dari  perkongsian  ini,  para
              penyelidik Pusat Penyelidikan HADR telah berkongsi pandangan dan cadangan bagi menambah
              baik proses tindak balas dan pengurusan risiko bencana oleh penduduk setempat.
























              TAKLIMAT  KESIAPSIAGAAN  BENCANA  BANJIR  BAGI  KOMUNITI  KAMPUNG  BENUS,
              BENTONG, PAHANG
              Sebagai sebahagian dari program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang dianjurkan
              Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di negeri Pahang pada 28 - 30 Oktober 2022, Pusat
              Penyelidikan  Bantuan  Kemanusiaan  dan  Peredaan  Bencana  (HADR)  telah  terlibat  sama  dan
              menyumbang bagi aktiviti kesedaran dan kesiapsiagaan bencana di Kampung Benus, daerah
              Bentong, Pahang. Program yang diadakan dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Kesihatan
              Pertahanan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, serta Bahagian Penyelidikan dan Inovasi,
              UPNM ini telah mensasarkan komuniti di sekitar Kampung Benus dan Kampung Chegar Medang
              sebagai penerima faedah berdasarkan pengalaman mereka menghadapi bencana banjir teruk
              pada bulan Disember 2021 dan Mac 2022 yang lalu.
              Taklimat  kesiapsiagaan  bencana  yang  dilakukan  oleh  Pusat  Penyelidikan  HADR  merangkumi
              antara lainnya:

              i.   Pengenalan  kepada  bahaya  bencana  di  Malaysia,  secara  amnya  dan  di  daerah  Bentong,
                 secara khususnya.


                206   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212