Page 209 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 209

Penyelidikan dan Inovasi

              penganjur telah mendapati bahawa Program HOPE 2022 mendapat sambutan menggalakkan
              dan sangat positif. Majoriti peserta memberi maklum balas “Setuju (4)” dan “Sangat Setuju (5)”
              bagi  soalan-soalan  yang  diajukan  berkenaan  keberkesanan  program,  iaitu  skala  1  hingga  5
              diguna pakai bagi setiap soalan tersebut. Sebagaimana Program HOPE yang dianjurkan pada
              tahun-tahun sebelumnya, kejayaan program ini telah memberi galakan kepada para penganjur
              supaya iaditeruskan pada tahun-tahun yang mendatang.




























              PROGRAM  HARI  KESELAMATAN  INTERNET  2022
              DAN  PROGRAM  STEM  (SCIENCE,  TECHNOLOGY,
              ENGINEERING & MATHEMATICS) 2022
              22 Februari 2022, Putrajaya - Pelancaran Sambutan Hari
              Keselamatan  Internet  2022  dirasmikan  oleh  YAB  Tan
              Sri  Datuk  Sri  Panglima  TPr  Annuar  Haji  Musa,  Menteri
              Komunikasi  dan  Multimedia  Malaysia  di  Hotel  Marriot,
              Putrajaya. Hari Keselamatan Internet 2022 (Safer Internet
              Day,  SID  2022)  -  Edisi  Malaysia  kali  ini  membawa
              tema  ’Kesejahteraan  Keluarga  Siber  Malaysia’  melalui
              kempen  ‘KITA  Siber’  iaitu  warga  digital  diseru  untuk
              mengamalkan  sikap  kebertanggungjawaban  ke  atas
              diri  sendiri  serta  orang  lain  bagi  membentuk  komuniti
              digital yang sejahtera lagi progresif. UPNM turut terlibat
              sebagai  rakan  penganjur  Hari  Keselamatan  Internet
              2022  -  Edisi  Malaysia.  Sempena  sambutan  SID  tahun
              ini,  Kerajaan  menerusi  Majlis  Keselamatan  Negara
              menyeru masyarakat supaya sentiasa mengamalkan etika
              penggunaan Internet yang berhemah dan mengamalkan
              tips-tips  keselamatan  Internet  seperti  berwaspada
              terhadap  emel  atau  pautan  yang  mencurigakan,
              mematikan  komputer  dan  sambungan  Internet  apabila
              tidak digunakan serta mengemas kini kata laluan kepada
              yang lebih kukuh. Turut hadir semasa majlis pelancaran
              tersebut adalah Prof. Madya Mohd Hazali bin Mohamed
              Halip, Pengarah PKS&RID, Dr. Syarifah Bahiyah Rahayu
              binti  Syed  Mansoor,  Felo  Penyelidik  PKS&RID  dan  En.
              Mohd  Afiz  bin  Othman,  Penolong  Pendaftar,  PKS&RID.


                208   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   204   205   206   207   208   209   210   211   212   213   214