Page 208 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 208
Penyelidikan dan Inovasi
ii. Sumber maklumat dan amaran bencana oleh agensi kerajaan.
iii. Peranan jawatankuasa dan agensi tindak balas bencana di daerah Bentong.
iv. Mengenal pasti lokasi dan langkah pemindahan ke kawasan selamat.
v. Persiapan kendiri melalui penyediaan beg kecemasan.
PROGRAM PEMINDAHAN ILMU, HOPE 2022
Program HOPE adalah merupakan program pemindahan ilmu tahunan bertemakan pengurusan
bencana dan bantuan kemanusiaan yang dianjurkan Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan
dan Peredaan Bencana (HADR), UPNM dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara
(NADMA) dan sebuah organisasi bukan kerajaan, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
sejak tahun 2018. Bagi tahun 2022, program HOPE kembali dianjurkan secara fizikal setelah
dua tahun ianya diadakan secara maya susulan dari pandemik COVID-19 yang melanda seluruh
dunia. Dengan tema “Pembudayaan Amalan Siapsiaga dan Nilai Kemanusiaan”, HOPE 2022
mensasarkan pengenalan kepada isu, peningkatan kesedaran dan seterusnya penggalakkan
pembudayaan amalan siapsiaga dalam kalangan belia, di samping mengetengahkan isu-isu
berkaitan bantuan kemanusiaan dan aktiviti kesukarelawanan di Malaysia.
Berbanding program-program terdahulu di mana program HOPE diadakan dengan skop peserta
yang lebih meluas dan am, HOPE 2022 diadakan khusus untuk belia di daerah Hulu Langat,
Selangor yang merupakan kawasan yang terkesan oleh bencana banjir pada tahun-tahun
lepas. Bagi tujuan ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding telah dipilih berdasarkan
kesesuaian peserta yang merupakan mangsa bencana banjir pada tahun 2022, serta ketersediaan
prasarana di sekolah tersebut. Tiga objektif telah digariskan untuk Program HOPE 2022 iaitu:
i. Untuk meningkatkan kesedaran golongan belia terhadap bencana, risiko serta operasi tindak
balas bencana di Malaysia.
ii. Untuk memupuk budaya cakna isu serta program bantuan kemanusiaan bagi golongan
terpinggir di kalangan belia.
iii. Untuk menggalakkan penyertaan masyarakat umum dalam usaha khidmat masyarakat,
pengurusan bencana berasaskan komuniti serta penyampaian bantuan kemanusiaan.
Bagi mencapai objektif-objektif melalui program setengah hari ini, aktiviti ceramah pendek,
pameran, tayangan video dan demonstrasi menyelamat telah diaturkan untuk pengisian yang
lebih padat dan berkesan. Sesi riadah bersama kumpulan dari Kementerian Kesihatan Malaysia
juga telah diadakan untuk memeriahkan program ini. Melalui maklum balas para peserta, pihak
LAPORAN TAHUNAN 2022 207
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia