Page 211 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 211

Penyelidikan dan Inovasi

              17  DEFENCE SERVICES ASIA EXHIBITION AND CONFERENCE (DSA 2022)
                TH
              28 - 31 Mac 2022, Kuala Lumpur - 17  Defence Services Asia Exhibition and Conference (DSA 2022)
                                               th
              telah dianjurkan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
              Antara Produk PKSRID yang dipamerkan adalah; i) SiberSasar & SuspeKatcher: Prof. Madya
              Mohd Hazali bin Mohamed Halip, ii) W@RK: Dr. Syarifah Bahiyah Rahayu binti Syed Mansoor dan
              iii) LOGSemCog: Dr. Hassan bin Mohamed. Selain itu, buat julung kalinya, UPNM bersama rakan
              penganjur CYDEF Sdn. Bhd. telah menganjurkan Round Table Talks sebagai sebahagian daripada
              Persidangan Pertahanan Siber (Cyber Defence Conference) bersempena DSA NATSEC ASIA
              2022 yang diadakan di MITEC, Kuala Lumpur. Round Table Talks ini bertemakan “Cyber Warfare:
              What Does It Look Like And What To Expect in 2022 and Beyond?”. Matlamat Round Table Talks
              ini adalah untuk membincangkan isu berkaitan peperangan siber dan bentuk serangan baharu
              yang dijalankan menerusi ruang siber global termasuk kempen disinformasi. Memandangkan
              siber  ialah  domain  kelima  peperangan  maka  adalah  penting  bagi  sesebuah  negara  untuk
              mengukuhkan daya tahan keseluruhan infrastruktur kritikal, membangunkan keupayaan manusia
              dan  bekerjasama  dengan  pelbagai  pihak  berkepentingan  dalam  menghimpunkan  kerajaan,
              sektor swasta dan pengawal selia industri.Turut hadir semasa acara ini adalah Prof. Madya Mohd
              Hazali Bin Mohamed Halip (Pengarah PKSRID), Kol Ts. Sazali Sukardi (CyberSecurity Malaysia),
              Prof. Emeritus Dato' Ts. Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok (Felo Penyelidik Kanan PKS&RID),
              Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah (Naib Canselor UPNM), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima
              Mohd Azumi Bin Mohamed (Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia), Laksamana
              Muda Dato' Shamsuddin Bin Haji Ludin (Angkatan Tentera Malaysia), Ms. Erin Joe (Mandiant),
              Dato' Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab (CyberSecurity Malaysia) dan Cartan Mclaughlin (Nihon
              Cyber Defence Japan).
























              PROGRAM       PENGATURCARAAN           KOMPUTER
              (COMPUTER PROGRAMMING COMPETITION) 2022
              (CPC 2022)
              28  Julai  2022,  Bandar  Baru  Bangi,  Selangor  -  Majlis
              Perasmian    Penutup     Program    Pengaturcaraan
              Komputer (Computer Programming Competition) 2022
              (CPC 2022) telah diadakan bertempat di Bangi Resort
              Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor. Majlis Perasmian
              Penutup  ini  telah  dirancang  untuk  diadakan  sebagai
              pelengkap  kepada  pertandingan  CPC  2022  yang
              telah  dilaksanakan  dengan  jayanya  secara  dalam
              talian  pada  29  Jun  2022  yang  lalu.  Pertandingan
              ini  telah  berjaya  menarik  seramai  70  orang  peserta


                210   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216