Page 216 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 216

Penyelidikan dan Inovasi

                 "CYBERSECURITY  MALAYSIA  COLLABORATION
                 PROGRAM (CCP) INDUSTRY DIALOGUE"
                 23 Mac 2022, Kuala Lumpur - "CyberSecurity Malaysia
                 Collaboration  Program  (CCP)  Industry  Dialogue"  telah
                 diadakan bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.
                 Dialog Industri CCP ini diadakan untuk memberi peluang
                 kepada  agensi  kerajaan  dan  rakan  industri  berkongsi
                 maklumat dan kepakaran antara satu sama lain untuk
                 pembangunan industri keselamatan siber tempatan dan
                 mewujudkan persekitaran keselamatan siber yang lebih
                 kondusif dan selamat seperti yang digariskan di bawah
                 Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS). Dengan
                 matlamat  untuk  mempergiatkan  keselamatan  siber
                 bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global.
                 PKSRID  turut  diraikan  sebagai  pemenang  Malaysia
                 CyberSecurity Awards 2021 - Cyber Security Innovation
                 of The Year (Education) pada majlis tersebut.



                 PROGRAM  SANGKUTAN  AKADEMIK  JANGKA
                 PENDEK  PERJANJIAN  DI  ANTARA  UPNM  DAN
                 CSIR, AFRIKA SELATAN
                 31 Oktober - 4 November 2022, Pretoria, Afrika Selatan
                 -  Program  Sangkutan  Akademik  Jangka  Pendek
                 ini  merupakan  sebahagian  daripada  Offset  Project
                 yang  terkandung  dalam  perjanjian  di  antara  UPNM
                 dan  CSIR,  Afrika  Selatan  untuk  pembangunan  Pusat
                 Kecemerlangan  Radar  and  Sensor,  Electronic  Warfare
                 (EW) dan Network Centric Warfare (NCW). Seramai dua
                 orang staf akademik PKS&RID telah menjalani program
                 ini dengan jayanya.

                 MAJLIS     MENANDATANGANI          MEMORANDUM         PERSEFAHAMAN         (MOU)     DAN
                 MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA) SEMPENA DEFENCE SERVICES ASIA EXHIBITION &
                 CONFERENCE (DSA) 2022
                 Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian
                 (MoA) antara UPNM dan beberapa rakan kerjasama dari dalam dan luar negara telah berjaya
                 dimeterai pada hari Selasa, 29 Mac 2022. Majlis tandatangan ini bertujuan untuk memantapkan
                 kerjasama yang telah sedia ada dalam mempergiatkan aktiviti dalam bidang penyelidikan dan
                 inovasi  pertahanan,  akademik,  pengkomersialan  dan  juga  keusahawanan  dikalangan  pelajar
                 UPNM. Sebanyak dua MoA dan empat MoU dimeterai pada hari tersebut. Dua MoA yang berjaya
                 dimeterai pada hari tersebut adalah perjanjian pelesenan bersama Mymedikal Healthcare Sdn.
                 Bhd. bagi mengkomersialkan produk inovasi IComPBag. UPNM melalui Pusat Pembangunan
                 Keusahawanan  dan  Inovasi  berhasrat  untuk  menjalin  kerjasama  dengan  PERNAMA  dalam
                 rantaian bekalan dan pengurusan logistik melalui program usaha sama, kerjasama dan program
                 kesedaran awam bagi memacu ekonomi negara. Selain itu, kerjasama MoU yang dimeterai pada
                 hari tersebut adalah kerjasama dalam kerjasama bidang akademik dan penyelidikan dalam bidang
                 pertahanan bersama Universiti Malaysia Perlis dan kerjasama dengan NIOSH bagi Keselamatan
                 dan Kesihatan Pekerjaan melalui aktiviti penyelidikan, penulisan, penganjuran seminar dan lain-
                 lain. UPNM turut menandatangani MoU bersama syarikat dari India iaitu Hindustan Aeronautics
                 Limited  dalam  pembangunan  modal  insan  melalui  Program  Sijil  Reka  Bentuk  dan  Proses

                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  215
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221