Page 217 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 217
Penyelidikan dan Inovasi
Pembuatan Penerbangan dan Program Pasca Siswazah Teknologi dan Pengurusan Penerbangan
(PGPATM) kepada kakitangan UPNM. Akhir sekali MoU dalam penyelidikan pembangunan
platform komunikasi untuk projek Sistem Operasi Taktikal bersama Beta Inovasi Sdn. Bhd. UPNM
diwakili oleh Naib Canselor UPNM, Lt Jen Hasagaya bin Abdullah. Manakala pada 30 March
2022, UPNM turut terlibat dalam Majlis Menandatanagn Kontrak dan MoU anjuran Kementerian
Pertahanan yang berlangsung di Ballroom 1, Tingkat 3, MITEC. Majlis itu disaksikan Menteri
Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera,
Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi. Sebanyak satu MoU dan satu Certificate of Collaboration
(CoC) ditandatangani. MoU bersama DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH)
adalah kerjasama penyelidikan dan pembangunan pelbagai rangkaian produk yang berkaitan
dengan automotif, aeroangkasa, integrasi sistem dan sistem tanpa pemandu dan MoU kerjasama
Mutiara Technology Sdn. Bhd. dalam pembangunan projek Sistem Operasi Taktikal. CoC pula
dalam bidang Security Information Event Management System (SIEM) dengan Nihon Cyber
Defence Co. Ltd. dari Jepun.
216 LAPORAN TAHUNAN 2022
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia