Page 213 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 213
Penyelidikan dan Inovasi
PEMBENTANGAN LAPORAN AKHIR PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH SKIM GERAN
PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) FASA 1 TAHUN 2019
Pada 1 Disember 2022, telah berlangsung satu sesi pembentangan bagi laporan akhir projek
penyelidikan di bawah skim geran penyelidikan pembangunan prototaip (PRGS) yang bertajuk
Construction Technology and Durability of Bamboocrete Panel Structure Prototype di Kementerian
Pengajian Tinggi, Putrajaya. Projek penyelidikan ini diketuai oleh Brig Jen Prof. Ir. Dr. Norazman bin
Mohamad Nor (Bersara) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya sehingga ke peringkat akhir.
Turut hadir semasa sesi pembentangan adalah Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (Bersara),
Penolong Naib Canselor (Penyelidikan
& Inovasi), Prof. Madya Ts. Gs. Dr.
Muhamad Azani bin Yahya selaku
penyelidik bersama dan juga pegawai-
pegawai daripada Pusat Pengurusan
Penyelidikan dan Inovasi. Projek
perintis ini telah berjaya menghasilkan
sebuah prototaip rumah berasaskan
bambocrete dan telah disumbangkan
kepada veteran angkatan tentera yang
terpilih hasil kerjasama antara Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
dan Jabatan Hal Ehwal Veteren (JHEV)
Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Berdasarkan hasil ujian, Bamboocrete
Panel ternyata telah mencapai keperluan menampung beban dan dijangka penyelidikan ini dapat
mengatasi masalah kos pembinaan yang terlalu tinggi.
PEMBENTANGAN LAPORAN PRESTASI
BAGI PROGRAM PENYELIDIKAN DI
BAWAH SKIM GERAN PENYELIDIKAN
TRANSDISIPLINARI (TRGS) FASA 1
TAHUN 2020
Pada 7 Disember 2022, telah berlangsung
satu sesi pembentangan laporan
prestasi bagi program penyelidikan
di bawah skim geran penyelidikan
transdisiplinari di Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT), Putrajaya. Program ini
bertajuk Development of a Civil-Military
Coordination Framework for Urban
Disaster Management in Kuala Lumpur
diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ambigga
Devi S. Krishnapillai daripada Fakulti
Perubatan dan Kesihatan Pertahanan UPNM. Pemantauan prestasi daripada pihak KPT ini
adalah penting bagi memastikan prestasi projek penyelidikan berjalan seperti yang dirancang
di samping mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan untuk menghasilkan output
penyelidikan yang berimpak tinggi. Turut hadir semasa sesi pembentangan adalah Kol Prof. Dr.
Khairol Amali bin Ahmad (Bersara), Penolong Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), ketua-
ketua projek dan juga pegawai-pegawai daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
(PPPI). Pihak PPPI juga telah menjalankan pemantauan yang rapi terhadap program ini dengan
menjalankan mesyuarat pemantauan secara berkala dan akan diteruskan sehingga program
mencapai output seperti dirancang.
212 LAPORAN TAHUNAN 2022
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia