Page 201 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 201
Penyelidikan dan Inovasi
CoMIHL TALK SERIES 1: SEXUAL VIOLENCE
Pusat Undang-Undang Tentera dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (CoMIHL),
UPNM telah menganjurkan program CoMIHL Talk Series 1/2022 pada 10 Februari 2022.
Topik perbincangan yang diketengahkan pada siri kali ini adalah Sexual Violence dan ia telah
disampaikan oleh Ms. Valentina Codelupi, Regional Sexual Violence Adviser, ICRC dan Ms. Arpita
Mitra, Generalist Delegate, ICRC dan moderator adalah Lt Kdr Dr. Mazura Binti Md Saman (B),
Timbalan Pengarah, CoMIHL. Program ini berkonsepkan forum perbincangan yang melibatkan
panel-panel yang mempunyai kepakaran dan pengalaman meluas dalam bidang atau topik yang
disampaikan. Ianya telah dianjurkan secara dalam talian dan penyertaan adalah terbuka kepada
para pelajar, pensyarah, pegawai kerajaan dan organisasi antarabangsa serta kepada masyarakat
umum dari dalam dan luar negara. Isu keganasan seksual masih kurang dilaporkan kerana
dipengaruhi oleh stigma dan pengaruh pandangan masyarakat. Justeru, ia merupakan satu
cabaran bagi pihak berkuasa untuk melaksanakan tindakan kemanusiaan. Keganasan seksual
sering digunakan sebagai cara taktikal atau strategik untuk mengalahkan dan melemahkan
musuh, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dengan menyasarkan kepada
golongan wanita. Sehubungan dengan itu, topik keganasan seksual yang diketengahkan adalah
bertujuan untuk memberi kesedaran umum kepada masyarakat berhubung isu keganasan seksual
yang berlaku ketika konflik bersenjata atau lain-lain situasi konflik keganasan, penghijrahan dan
dalam tahanan serta penerangan berhubung larangan dan undang-undang yang diguna pakai
berhubung keganasan seksual yang berlaku dalam sesuatu konflik.
200 LAPORAN TAHUNAN 2022
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia