Page 198 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 198

Penyelidikan dan Inovasi

                 PROGRAM  PROFESSIONAL  CHARACTER  AND
                 COMPETENCY BUILDING (PROCCB) SESI LIBAT
                 URUS AKEPT - UNIVERSITI AWAM (SLUA)
                 Program ProCCB SLUA ini merupakan Siri 3 kepada
                 libat urus AKEPT bersama Universiti Awam. Program
                 3 hari 2 malam di Kem Kongkoi ini melibatkan wakil
                 daripada  Unit  Latihan  Universiti  Awam  dengan
                 melibatkan  urusetia  daripada  pihak  UPNM  iaitu
                 Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional,
                 Pejabat  Pendaftar  dan  Bahagian  Jaringan  Industri
                 dan  Perhubungan  Korporat.  ProCCB  SLUA  juga
                 adalah  program  penutup  kepada  libat  urus  yang
                 telah dilaksanakan mulai 1 Disember 2021. Program
                 telah dirasmikan oleh YBhg. Naib Canselor UPNM
                 pada  22  Ogos  2022  dan  berakhir  pada  24  Ogos
                 2022  dengan  penyampaian  hadiah  kepada  para
                 peserta oleh Pendaftar UPNM.
                 PROGRAM  PROFESSIONAL  CHARACTER  AND
                 COMPETENCY  BUILDING  (PROCCB)  AKADEMI
                 KEPIMPINAN PENDIDIKAN TINGGI (AKEPT)
                 Akademi  Kepimpinan  Pendidikan  Tinggi  (AKEPT)
                 telah merancang untuk melaksanakan aktiviti Team
                 Building  kepada  staf  AKEPT  dan  berminat  untuk
                 melibatkan  Pusat  Kepimpinan  dan  Pembangunan
                 Profesional  (CLPD)  bagi  perkara  tersebut.  Satu
                 program  ringkas  telah  dilaksanakan  oleh  AKEPT
                 iaitu Professional Character and Competency Building
                 (ProCCB) AKEPT untuk warga AKEPT seramai lebih
                 kurang  30  orang  dan  salah  satu  slot  iaitu  Team
                 Building  telah  diserahkan  kepada  CLPD  untuk
                 dilaksanakan.  Program  telah  berlangsung  di  Hotel
                 Royale  Chulan  Damansara,  Petaling  Jaya  mulai  30
                 September 2022 dan berakhir pada 2 Oktober 2022.
                 TEMUDUGA VISA PEGAWAI KADET BAGI 2021
                 JOHN MCCAIN STUDY OF THE U.S. INSTITUTE
                 (SUSI)
                 Program 2021 John McCain Study of the U.S. Institute
                 (SUSI) yang dijadualkan untuk dilaksanakan di U.S.A
                 pada pertengahan Jun 2021 telah ditangguhkan atas
                 faktor pandemik covid-19. Program tetap diteruskan
                 dan  telah  dilaksanakan  secara  dalam  talian
                 melibatkan  enam  orang  Pegawai  Kadet  UPNM
                 pada  tahun  yang  sama.  Walau  bagaimanapun,
                 pihak penganjur ingin meneruskan hasrat program
                 secara  fizikal  seperti  perancangan  awal  dan
                 susunan program telah dijadualkan pada November
                 2022. Pegawai Kadet UPNM terlibat seramai lima
                 orang telah menghadiri temuduga visa di Bangunan
                 Kedutaan  Amerika  Syarikat,  Kuala  Lumpur  yang
                 merupakan keperluan sebelum menghadiri program
                 pada 11 Oktober 2022.
                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  197
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203